Mungkin sekarang musim cerita baru. Lepas kemunculan anime Spy x Family versi Bahasa Melayu, sekarang TV3 bakal tayang Kdrama 18 Again.
Excited jugak aku masa tengok iklan kat TV. Bukan apa, lepas beberapa kali duk ulang drama sama (My ID is Gangnam Beauty, Live On, Strong Girl Bong-Soon), akhirnya TV3 tayang jugak drama baru. 😄
Drama 18 Again ni aku tak pernah tengok lagi kat mana-mana platform. Masa baca sinopsis, macam best jalan ceritanya. Kisah pasal lelaki lewat 30-an yang alami masalah kerja dan rumah tangga. Dia harap dapat kembali ke masa lepas untuk baiki apa yang patut. Entah macam mana, permintaan dia tu dimakbulkan dan dia bertukar jadi diri dia waktu 18 tahun!
Menarik tak? Pandai betul siapa yang in charge rancangan kat TV3 sekarang ni. Nampak macam diorang betul-betul nak tarik perhatian peminat drama Korea untuk layan TV3 balik.
Tarikh tayangan: Bermula 13 Ogos 2025
Waktu: Rabu - Jumaat, 11.00 malam
Siaran TV: TV3
Lagi best bila ada Kim Ha Neul. Lama sudah tak tengok drama dia. Dulu masa zaman sekolah, pernah layan drama Romance (TV2), Stained Glass (TV2) dan Happy Together (NTV7) yang dia berlakon. Filem My Tutor Friend yang dia bergandingan dengan Kwon Sang Woo pun aku layan jugak. 😆
4 Comments
Alahaiiiiiii awat malam sangat. Betul tu banyak yang di tayangkan asyik repeat je tu yang lupe chamsarang kat tv3. Dulu 8tv pun rajin tayang citer korea walaupun dah lambat sebab kat korea dah lama tayang tapi suka tenguk. Lately ni citer c drama zaman raja-raja tak pun dewa lawan syaitan. Adduhaiiiii. Kita ni pesen suka tenguk kat tv walaupun jenuh tunggu by episod habis dan tak rajin nak tgk kat hp huhuhu
ReplyDeletedah pernah tengok cerita nie...dia macam menyesal kawin dengan isteri dia.. hahaha...bila dah bosan buat rutin sama je...tapi, best lah.. satu sekolah dengan anak dia..kelakar, sedih..semua ada..siap tak menahan, jatuh hati semula dekat wifenya, tapi wife dia umur sekarang la..hahaha...tapi best la..
ReplyDeleteMacam2 idea org korea buat drama skrg ni.. layan drama tv3 pulak lepas ni.. ☺️
ReplyDeleteOhh dah ditayangkan di TV3 ye. Dah lama nak tengok sebab ramai kata best drama ni. Bolehlah layan kalau sempat.
ReplyDelete