Semalam aku keluar ke bandar. Nak cari komik kat kedai buku. Ada dalam mall. Alang-alang duk kat mall, aku pusing lah tengok apa yang ada. Lagipun hari biasa tak ramai sangat orang. Boleh relaks sikit.
Nak singgat KFC, minggu lepas dah makan KFC. Siap dapat sticker lagi. Jadi, aku pergi lah kedai lain kat situ. Bila nampak Big Apple, aku singgah. Aku ingat lagi beberapa bulan lepas, diorang ada buat promo BoBoiBoy.
Dalam promo tu, selain donat design BoBoiBoy, boleh dapat sticker dan keychain percuma. Dulu lah. Masa awal-awal promo, kalau nak dapatkan sticker dan keychain, kena beli set donat BoiBoiBoy (6 ketul donat). Aku tak beli sebab mahal sangat.
Tak lama lepas tu, syarat promo tu dah berubah. Beli seketul donat, boleh dapat sticker dan keychain. Bukan percuma. Tapi macam PWP (Purchase with Purchase). Sticker RM3 dan keychain RM7. Bagus lah kan?
Masa aku pergi, syarat tu berubah sekali lagi. Kali ni, tak perlu beli donat pun. Boleh beli terus sticker dan keychain tu. Lagi lah aku suka.
Bukan apa, niat asal nak beli donat. Tapi bila fikir aku nak jalan-jalan lagi lepas tu dan ditambah pulak takde tempat sesuai nak makan (Big Apple sini jenis kiosk), aku tak jadi beli donat.
Cuma tak pasti kenapa syarat tu berubah-ubah. Mungkin terlalu banyak stok sticker dan keychain tu? Entah. Takpe lah. Yang penting aku dapat apa yang aku nak. 😄
14 Comments
Donut big apple x sedap dah macam dulu...
ReplyDeleteRamai jugak cakap macam tu. Saya pun pernah beli beberapa tahun lepas. Bukan lembut tapi lembik. 😭
Deletecomel nya..nie kalau linda beli, kena sorok, sat g berebut ngan anak2.. hahaha
ReplyDeleteBeli banyak-banyak lah macam tu. 😅
Deletecomellah boboiboy mata besar.
ReplyDeletedulu, dapat makan donat bigapple ni rasa wow sgt.
dah menua ni, tidak hairan sudah. mkn donat klasik biasa je, dapnya...
Kann. Siapa dapat makan ni, memang rasa kayangan sangat. Sekarang kedai donat dah banyak persaingan.
DeleteIni kalau beli, tak cukup satu - bergaduh mak dengan anak.. hahaha..
ReplyDeleteKena beli lebih lah gitu. Saya makan seketul pun dah tak larat. Terasa manis topping.
DeleteLagi bagus boleh beli keychain sahaja.. mungkin banyak stok sebab promo sebelum tu kena beli 6 ketul baru dapat percuma dan pricey sket jadi tak ramai yang beli.
ReplyDeleteTepat. Saya pun rasa macam tu. Agak mahal.
DeleteSenang boleh beli terus je kan tanpa syarat lain. Comel sticker dan keychain tu.
ReplyDeleteKalau lah diorang buat dari awal macam ni, lagi bagus. 😄
DeleteComelnya keychain tu.. Macam nak beli jugalah..
ReplyDeleteKalau dah suka, harus lah kena beli. 🤭
Delete