FamilyMart jual mainan mesin gedegang.


Lepas keluar 7e, aku masuk FamilyMart. Masih ramai orang walaupun aku datang hari biasa. Maklum lah. Tengah bandar. Orang keluar masuk tu benda biasa.


Aku nampak ada building block yang FamilyMart display kat rak promo. Jenis Vending Machine. Memang antara niat aku datang ke bandar ni sebab nak dapatkan mainan ni.

Versi 2025.

Tahun lepas, aku tak sempat beli. FamilyMart ada jual building block jugak waktu tu. Versi bangunan kedai. Kat tempat aku tak wujud lagi FamilyMart. Tak dapat beli.

Versi 2024.

Kali ni excited lah aku nak dapakan building block baru ni. Masa aku pergi tu, masih banyak kotak tu kat rak. Mungkin tak ramai yang tahu promo ni wujud. Kalau kat luar, ada orang sanggup datang pagi-pagi lagi.

Gambar depan kotak.

Gambar belakang kotak.

Aku ambil 2 ketul. Bukan senang nak dapat benda ni. Ada peluang, terus grab. Ingat nak lepak kejap situ sambil makan oden. Tapi masih ramai orang. Balik je lah jawabnya. 😭

Post a Comment

13 Comments

  1. Nak tarik ramai customer kot, itu diletak mesin gedegang jual mainan ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya mengharapkan ada mesin gedegang yang betul kat kedai. 😆

      Delete
  2. BK buat ke block tu, atau simpan dalam kotak je? Boleh tahan harga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni simpan dulu. Nak pasang, risau takde ruang nak letak.

      Delete
  3. comel seronok ni kalau BK memang pengumpul boleh tambah koleksi .

    ReplyDelete
  4. Comelnya... BK kena share macam mana display benda² comel ni dekat rumah...mana tahu boleh buat inspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde ruang khas. Sebab tu beli dan simpan buat pekasam. 😂

      Delete
  5. wah kalau jadi mesti cun ni. Buat le BK ahkak nak tenguk camne rupanya

    ReplyDelete
  6. Ramai-ramai ni malas juga nak lepak lama. Dah dapat apa yang diidamkan tu jadilah kan.

    ReplyDelete
  7. Dah ada kena grab cepat². Takleh fikir² lagi.

    ReplyDelete