Lepas makan, aku masuk dalam market Mydin. Nak beli air probiotik Fernleaf. Dalam Mydin ni tak ramai orang. Mungkin aku datang sini hari biasa. Atau mungkin jugak ramai dah tebus SARA dan MyKasih masa awal bulan hari tu.
Aku baru teringat nak cari jajan Jack 'n Jill versi Roller Coaster Fun Pack. Aku masuk bahagian jajan. Ada. Tapi tak banyak.
Sebenarnya sekarang ni aku tengah kumpul fotokad Capybara. Dalam Fun Pack tu ada seketul kad percuma. Design random. Total kad ada 10 design.
Kad Capybara tu comel-comel. Nampak eksklusif. Sebab tu aku macam nak kumpul buat koleksi. Jarang sangat Jack 'n Jill nak bagi benda free macam ni.
![]() |
| Kad yang dah ada. |
![]() |
| Pandang belakang. |
Sebelum ni aku dah ada 6 design. Nak cari lagi 4 design untuk lengkapkan set fotokad Capybara ni. Walaupun boleh nampak kad tu kat celah-celah pek, tapi kebanyakan kad sama je yang ada. Kalau bernasib baik, boleh jumpa kad design baru.








13 Comments
Sila lengkapkan, nanti boleh buat buku skrap, ihih~
ReplyDeleteNak buat jugak nanti. 😄
DeleteGigih ni lengkapkan collection.
ReplyDeleteDah terjebak. Tak boleh keluar dah. 😌
Deletecantik dan comel kad2 nya
ReplyDeleteUnik. Macam-macam pesen ada.
DeleteJajan nya makan tak tu😆
ReplyDeleteMakan. Sekelip mata habis sebab sikit je dalam tu. 😅
Deletefuh gigih dapat hampir semua koleksi. cari lagi sampai dapat
ReplyDeleteSeketul je lagi. 😭
DeleteEh.. Ada eh.. Comel betul kad dia tu..
ReplyDeleteComelnya lukisan capy bara tu. Buat rasa kita nak mengumpul kad tu jugak.
ReplyDeleteMenarik kad tu dek..
ReplyDelete