Sampul duit raya RHB Bank 2026.


Pagi tadi aku ke bandar sekali lagi. Nak tukar duit raya. Sebab semalam staff inform hari ni boleh tukar duit raya.

Tak ramai pun beratur. Staff bagi kertas kecil mintak isi nama, nombor telefon dan jumlah duit nak tukar. Maksimum RM300 je boleh tukar. Duit tak banyak katanya.

Syarat kedua, hanya pemegang kad RHB Bank je yang boleh tukar duit. Ye lah. Duit tak banyak kan? Kalau open untuk semua orang tukar, lagi lah tak cukup.

Tak lama pun tunggu. Aku tukar note RM1 dan RM5 je. Duit RM1 tu duit baru. RM5 recycle. Tapi still nampak baru. Mungkin bank dah asingkan siap-siap duit elok dan tak.

Paling best, tanpa perlu mintak, staff bagi sampul duit raya. Bukan seketul tapi 3 ketul sekaligus. Seketul sampul 2026. Lagi 2 ketul sampul tahun-tahun lepas.


Setakat ni, ni sampul pertama yang aku dapat dari bank untuk tahun ni. Malas sebenarnya nak kumpul sampul bank. Nak tukar duit punya lah payah. Apatah lagi nak mintak sampul. 😂



Sampul RHB Bank ni cantik. Ada elemen flora, ketupat, pelita, bulan dan bintang. Warna pun sesejuk mata memandang. Dalam set tu, ada 2 jenis design. Setiap design ada 4 sampul. Total sampul dalam set tu ada 8 ketul.

Nampak premium. Kertas pun tebal. Corak kat sampul tu jenis timbul. Bagi aku, lepas compare dengan sampul bank lain, sampul RHB Bank ni boleh duk dalam ranking tertinggi sampul bank tercantik tahun ni.

Post a Comment

9 Comments

  1. Fuhh..memang lawa...warna kuning tu

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak dapat sampul bank. Tak pi tukar sendiri kirim dengan orang je. Kalau dapat pun maybe dia dah ambil dulu. Huhu

    ReplyDelete
  3. wah cantik lah sampul duit bank tu.

    ReplyDelete
  4. Awal BK dah tukar duit raya. Lawa sampul bank RHB. Nanti kan, kalau sampai seru, cer BK share gambar koleksi sampul raya, dan angpau. Nak tengok. Mesti bertingket-tingket. 😁

    ReplyDelete
  5. Lama sudah tak dapat sampul dari bank. Tahun lepas tukar di Maybank tak ada pula.

    ReplyDelete
  6. Akak tunggu bank bagi lah.. biasa ada corporate allocation.

    ReplyDelete
  7. Amplop hari raya yang cerah ceria karena warnanya kuning ya, Kak.

    ReplyDelete
  8. Cantikkk! Sejuk mata tengok! Tak sesiap tukar duit haritu..hehehehe

    ReplyDelete