Pek Spesel Lawak Kampus 42 edisi Popular.


Akhirnya berjaya jugak aku rembat seketul Pek Spesel ni. Setelah sekian lama menanti munculnya pek ni kat Popular. Masa aku godek-godek website Popular, pek ni dah wujud dalam katalog tapi belum ada stok. Mungkin kat warehouse diorang belum masuk lagi.

Macam sebelum ni, Pek Spesel ada 3 versi: 7e, Popular dan MPH. Untuk isu 42 ni, setakat entri ni ditulis, hanya ada dua versi. Satu 7e dan satu lagi Popular. Entah kenapa takde versi MPH.


Masa jalan-jalan kat mall hari tu, aku singgah kat Popular. Excited bila tengok Pek Spesel ni dah ada kat rak buku. Katanya baru je masuk pagi tu. Masih panas lagi. Kalau tengok dari susunan komik tu, mungkin aku customer pertama yang beli Pek Spesel ni.


Bermula bulan Disember tahun lepas hingga hujung bulan ni, Popular ada buat promo 20% hingga 25% untuk pembelian mana-mana komik. Tak perlu jadi ahli pun. Tetap akan dapat diskaun. Promo diskaun macam ni bukan selalu dapat. Selalunya hanya buku-buku terpilih je.

Selain tu, ada promo khas bila beli buku Kadowaka Gempakstarz (KGS). Kalau beli mana-mana 4 buah buku, akan dapat drawstring bag percuma. Rare kan? Walaupun aku tak pernah baca siri X-VENTURE (tak sanggup nak kejar, banyak sangat), tapi bila orang dah nak bagi free, rugi lah tak ambil kan?




Aku memang tunggu versi Popular. Sebab aku tak berapa berkenan baju versi 7e. Bagi aku, gambar kat baju tu nampak terlalu biasa. Dan macam aku bagitau dalam entri lepas, gambar kat baju tu merupakan gambar recycle dari cover salah satu komik Lawak Kampus.

Baju ni aku tak tahu muat ke tak. Aku beli pun nak buat koleksi je. Sayang nak pakai. Nak jual sekarang pun masih belum naik lagi nilainya. Better simpan buat koleksi peribadi.

Post a Comment

2 Comments

  1. Jumaat lepas pergi Popular tak perasan pulak. Selamat membaca. Tshirt buat giveaway jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua outlet display serentak. 😅

      Delete