Mamee Monster Justice League. Sold out dah ke?


Masa scroll app Lazada, terperasan pulak ada Mamee Monster baru. Tema Justice League. Semua sold out. Tapi yang peliknya, takde record pun kat situ jumlah yang dijual, apatah lagi review dari pembeli. Dalam website dan FB pun takde info pasal ni.


Aku saspek Mamee Monster ni belum dijual lagi. Kat kedai pun takde penampakan pek Justice League ni. Selalunya kalau dah dijual, kejap je masuk kedai terutamanya pasar raya. Menguatkan lagi saspek aku, bila tengok kat app Lazada tu, siap ada contest lagi. Maksudnya, pek Justice League ni akan dijual. Kalau tak, takde maknanya team diorang susah-payah buat poster macam tu.


Mamee Monster Justice League ade 4 jenis perisa: ayam, BBQ, pedas dan lada hitam. Sama jugak macam versi biasa. Tapi yang best, sachet perencah tu. Ada 5 design berbeza: Batman, Wonder Woman, Superman, Green Lantern dan satu sachet kombinasi semua karakter.


Menarik jugak walaupun awalnya aku ingat ada kad atau sticker Justice League. Macam dulu-dulu tu. Siap bagi barang percuma. Sekarang takde dah. Tak tahu pulak kenapa. Ke nak jimat kos?


Entah bila Mamee Monster Justice League ni akan dijual. Nampak macam sempena filem Justice League 2. Tapi setahu aku, filem ni masih belum ada kata putus lagi sama ada jadi buat atau tak. Ke sebab ni Mamee Monster Justice League tak dijual?

Post a Comment

8 Comments

  1. Pelik pula tidak jual. Hehe kalau rapat dengan pengurusan boleh sahaja pergi tanya dekat kilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lagi mudah. Harap dijual lah suatu masa nanti.

      Delete
  2. Kalau betul akan dijual, memang jadi rebutanlah.. Hehehe.. Comel je bila ada kerekter justice league tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat koleksi. Jarang nak ada benda macam ni sekarang.

      Delete
  3. mungkin ada isu kot, so hold sekejap. biasalah kalau collab ni macam-macam agreement

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Untung lah. Rasanya Mamee dah mula jual sekarang.

      Delete