White plume moth Malaysia. Rama-rama yang jarang muncul.


Malam tadi masa duk depan laptop, muncul satu makhluk kat atas meja. Sekali tengok macam nyamuk. Tapi pelik sebab warna putih. Bila aku tengok dekat-dekat, bukan nyamuk. Rupa macam moth atau rama-rama.

Aku pun cari lah dalam Internet. Payah nak cari sebab tak tahu apa nama makhluk ni. Puas cari, akhirnnya jumpa. Nama makhluk ni white plume moth atau saintifiknya Pterophorus pentadactyla.


Rama-rama ni selalu ada kat belah Eropah. Jarang dijumpai kat Malaysia. Setakat yang aku baca, rama-rama ni pernah ada kat Sabah.


Bahaya ke rama-rama ni? Tak. Katanya macam rama-rama lain jugak. Tak beracun dan tak berbahaya kepada kita. Aku tak pasti apa sebab rama-rama ni boleh muncul kat sini. Kalau dah ada kat sini, mesti habitat dia pun ada kat kawasan ni jugak kan?

Post a Comment

8 Comments