Semalam turun lah aku ke bandar sekali lagi. Lepas keluar 7e, aku masuk ZUS Coffee. Niatnya nak dapatkan keychain versi Kedai Kita. Hanya versi ni je lagi tak dapat.
Kali ni aku beli Iced Australian Chocolate dan Ice Café Mocha. Aku sebenarnya nak cuba sangat rasa air coklat Australia ni macam mana. Dan aku puas hati.
Aku suka rasa coklat yang ada dalam air ni. Hampir sama dengan rasa air coklat Cadbury versi 3 in 1. Siapa yang pernah minum air tu, tahu lah rasanya macam mana. 😄
Air mocha aku pernah beli lama dulu. Boleh tahan sedap. Gabungan kopi dan coklat. Rasa pekat sebab aku mintak kurang air batu. Nak minum, kena kacau sikit sebab bawah tu ada coklat.
![]() |
Sebelum kacau. |
![]() |
Selepas kacau. |
Masa nak ambil keychain kat kaunter, aku mintak tolong staff carikan keychain versi Kedai Kita. Mana lah tahu dengan skill yang diorang ada, boleh jumpa keychain tu.
Alhamdulillah. Berjaya jugak aku dapat keychain versi Kedai Kita. Keychain ni warna biru. Ada je orang jual kat Shopee. Tapi mahal kemain. Lagi mahal dari harga total air yang aku beli. 😪
26 Comments
Bestnya.. mesti senyum puas hati :)
ReplyDeleteMemang. 😁
DeleteDua-dua air menepati selera ye. Baguslah macam tu. Baiknya staff tolong pelanggan. Akhirnya cukup sudah koleksi keychain Zus Coffee BK. Yeay!
ReplyDeleteLega dah cukup. Kalau tak, mau pergi lagi.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTercapai hasrat hati. Mesti happy sangat kan.
Betul. Rezeki dapat lain-lain.
DeleteKepuasan bagi seorang collector kan 👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah. Puas hati.
Deletewowwww tahniah anda telah memiliki koleksi lengkap. chewah hehehe
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteTertarik pula dengan air Iced Australian Choc itu.
ReplyDeleteAir tu sedap. Rasa coklat tu yang saya suka.
Deletewahh comelnya semua. kira luck betullah setiap kali beli tu dapat design yg berlainan. lengkap dah 3 koleksi
ReplyDeleteSyukur. Terima kasih jugak kat staff sebab tolong pilih.
Deleteyg bengkel tu tak nampak mcm bengkel pun
ReplyDeletehehehe
Versi comel. Ada tukul lagi tu.
DeleteWaaahh, lengkap dah set keychain ZUS x MR. DIY! 😍 Comel-comel semua, boleh collect semua tanpa tertinggal satu pun. Memang puas hati la kalau peminat merchandise
ReplyDeleteBetul. Puas hati. Dapat kumpul tanpa spend banyak sangat.
DeleteYeayyyy.. finally.
ReplyDelete👍
Deletewah lengkap sudaaaaa. mesti senyum lebar kan?
ReplyDeleteHarus lah. Lega jugak dapat semua design.
Deletepuas hati bila da lengkap koleksinya. boleh tidur dgn lena.
ReplyDeletenampak stiker tu lagiiiiiii......ergh!
Masa saya pergi tu, ada jugak seketul sticker kat meja. Entah customer mana yang tak nak.
DeleteAlhamdulillah.. Betul-betul rezeki tu..
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
Delete