Lengkap sudah set keychain ZUS x MR. DIY.


Semalam turun lah aku ke bandar sekali lagi. Lepas keluar 7e, aku masuk ZUS Coffee. Niatnya nak dapatkan keychain versi Kedai Kita. Hanya versi ni je lagi tak dapat.


Kali ni aku beli Iced Australian Chocolate dan Ice Café Mocha. Aku sebenarnya nak cuba sangat rasa air coklat Australia ni macam mana. Dan aku puas hati.


Aku suka rasa coklat yang ada dalam air ni. Hampir sama dengan rasa air coklat Cadbury versi 3 in 1. Siapa yang pernah minum air tu, tahu lah rasanya macam mana. 😄


Air mocha aku pernah beli lama dulu. Boleh tahan sedap. Gabungan kopi dan coklat. Rasa pekat sebab aku mintak kurang air batu. Nak minum, kena kacau sikit sebab bawah tu ada coklat.

Sebelum kacau.

Selepas kacau.

Masa nak ambil keychain kat kaunter, aku mintak tolong staff carikan keychain versi Kedai Kita. Mana lah tahu dengan skill yang diorang ada, boleh jumpa keychain tu.



Alhamdulillah. Berjaya jugak aku dapat keychain versi Kedai Kita. Keychain ni warna biru. Ada je orang jual kat Shopee. Tapi mahal kemain. Lagi mahal dari harga total air yang aku beli. 😪


Maka, lengkap sudah koleksi keychain Kita-Kita Series collab antara ZUS dan MR. DIY. Bukan senang nak dapat semua ni tau. Nasib baik staff sana hebat. Pandai betul diorang pilih. 😆

Post a Comment

26 Comments

  1. Bestnya.. mesti senyum puas hati :)

    ReplyDelete
  2. Dua-dua air menepati selera ye. Baguslah macam tu. Baiknya staff tolong pelanggan. Akhirnya cukup sudah koleksi keychain Zus Coffee BK. Yeay!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Tercapai hasrat hati. Mesti happy sangat kan.

    ReplyDelete
  4. Kepuasan bagi seorang collector kan 👍🏻

    ReplyDelete
  5. wowwww tahniah anda telah memiliki koleksi lengkap. chewah hehehe

    ReplyDelete
  6. Tertarik pula dengan air Iced Australian Choc itu.

    ReplyDelete
  7. wahh comelnya semua. kira luck betullah setiap kali beli tu dapat design yg berlainan. lengkap dah 3 koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Terima kasih jugak kat staff sebab tolong pilih.

      Delete
  8. yg bengkel tu tak nampak mcm bengkel pun
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Waaahh, lengkap dah set keychain ZUS x MR. DIY! 😍 Comel-comel semua, boleh collect semua tanpa tertinggal satu pun. Memang puas hati la kalau peminat merchandise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Puas hati. Dapat kumpul tanpa spend banyak sangat.

      Delete
  10. wah lengkap sudaaaaa. mesti senyum lebar kan?

    ReplyDelete
  11. puas hati bila da lengkap koleksinya. boleh tidur dgn lena.
    nampak stiker tu lagiiiiiii......ergh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi tu, ada jugak seketul sticker kat meja. Entah customer mana yang tak nak.

      Delete
  12. Alhamdulillah.. Betul-betul rezeki tu..

    ReplyDelete