Masa raya lepas, aku pernah lalu depan kedai Richesee. Nak tanya pasal sampul duit raya. Tapi tak jadi bila tengok ramai sangat orang. Segan pulak.
Hari tu aku singgah Richeese. Tak ramai orang. Aku pergi ke kaunter. Masa nak order makanan, aku tanya ada lagi ke tak sticker petak. Sebab aku nampak ada promo beli set budak, dapat sticker free.
Staff tu kata ada. Dia bagi aku beberapa ketul. Kes aku kata aku kumpul sticker petak gini. Rasa terharu sangat bila ada orang hargai dan faham hobi orang lain. 😅
Sticker ni tak silap aku sticker pertama yang Richesee buat. Sempena promo baru set budak. Nanti kalau ada versi seterusnya, boleh kumpul lagi.
Bukan tu je. Dia tanya nak ke tak sampul duit raya lepas. Of course lah aku nak. Dia macam tahu-tahu je yang aku kumpul jugak sampul duit raya. 😁






0 Comments