Petang tadi punya lah gigih pergi ZUS. Kes aku dapat tahu yang ada sticker baru. Sticker AIA Vitality. Sempena anniversary ke-10 diorang. ZUS start bagi 22 Julai tanpa bagi warning dulu.
Diorang collab dengan ZUS. Untuk ahli AIA, boleh seketul air percuma. Untuk bukan ahli AIA, dapat voucher off RM2.
Voucher off RM2 ni boleh claim tiap-tiap hari. Limit satu voucher sehari. Maksudnya, kalau aku dah guna voucher ni hari ni, esok aku boleh claim lagi. Sampai lah 11 Ogos nanti.
![]() |
| Harga lepas tolak voucher off RM2. |
Sebab risau geng FOMO serbu ZUS untuk dapatkan sticker dan cup sleeve, aku paksa rela keluar ke bandar walaupun plan nak pergi esok (start 23 Julai, ada merch ZUS yang baru).
Alhamdulillah. Masa aku kat outlet ni, takde customer. Sticker dan cup sleeve pun banyak sangat. Staff kata tak ramai pun yang cari benda tu. Sebab kat outlet ni, mostly customer order air selain kopi CEO.
Nak dapatkan sticker ni, bukan semua air boleh order. Hanya selected air je yang terlibat:
- CEO Latte
- CEO Americano
- CEO Chocolate
- Matcha Latte
- Flat White
- Cappuccino
- Mixed Berries Refresher
- Tahitian Lime Refresher
Aku order air CEO Americano 4 ketul. Nak collect sticker punya pasal. Lagipun, sticker AIA ni lawa lah pulak kalau nak dibandingkan dengan sticker Tea Fresh Brew. 😁
Cup sleeve pun comel je. Warna merah sama macam sticker. Sebab benda ni limited edition, terpaksa jugak simpan buat koleksi.








0 Comments