Tak boleh lupa aku. Pagi semalam punya lah gigih duk battle nak dapatkan tempat dalam 100 terawal yang order komik terbaru Lawak Kampus yakni jilid 55.
Sebab kalau jadi 100 terawal, dapat kad koleksi sempena terbitnya komik ke-55 ni. Aku sedar dalam pukul 11 pagi gitu. Tu pun tengok kat FB ada orang bagitau yang komik 55 ni dah boleh order.
Tanpa lengahkan masa, aku terus order. Aku order kat TikTok. Sebab waktu tu hanya TikTok dan website Gempakstarz je yang boleh order. Shopee dan Lazada lambat.
Dan hari ni (sangat pantas delivery), sampai lah komik yang aku order. Mulanya aku ingatkan tak dapat kad koleksi tu. Sebab dalam bungkusan tu, ada kad X-Venture.
Bila belek bahagian autograf, rupanya kad koleksi terselit kat situ. Pelukis komik ni, Keith, siap bagi autograf kat komik ni. Rare betul. Selalunya nak dapat autograf, kena pergi event je. 🤩











0 Comments