Dapat mainan clicker lepas beli air ZUS kat CU.


Aku masuk CU kejap. Kedai ni aku jarang singgah walaupun ada menu best. Kes kedudukan meja dan kerusi agak terbuka. Cerah pulak tu. Nak lepak makan macam tak best.

Niatnya nak tengok promo apa yang ada. Kot ada merch macam ZUS atau emart. Best jugak. Tapi staff kata takde. 😞

Masa kat kaunter, aku perasan ada promo menarik kalau daftar jadi ahli. Kena download app CU. Tapi aku cari kat Play Store tak jumpa pulak.

Rupanya kena download app myNEWS. Sebab staff kata kedai CU ni bawah myNEWS. Baru aku tahu. 😏


Lepas tu, staff pergi belakang. Cari merch. Sebab tadi aku kan tanya ada merch atau sticker macam ZUS ke tak.

Dia keluar bawak seketul mainan. Lepas tu member dia bawak seplastik besar mainan gitu. Rupanya tu clicker ZUS. Baru je minggu lepas ada kat FamilyMart.

Iklan ni versi FamilyMart.

Tak sangka CU pun join jugak bagi clicker ZUS. Kalau kat FM kena beli produk ZUS minimum RM18. Kat CU pulak kena beli produk ZUS minimum RM17 je. Beza singgit.



Produk ZUS tak banyak pun situ. Ada air botol dan air tin je. Cari biskut tak jumpa. Aku beli lah beberapa ketul air sebab nak cukupkan RM17. Lepas tambah tolak voucher, dapat lah aku seketul clicker ZUS secara percuma. ☺️


Clicker ni ZUS muncul sempena FIFA 2026. Ada 3 design. Aku ambil design yang ada wisel. Seketul. Maleh aku kumpul semua. Takde modal nak beli lebih.

Post a Comment

0 Comments