Sticker dan kad gores versi ZUS Tea Fresh Brew.


Tadi kan aku keluar ke bandar. Gigih betul. Sebab nak collect sticker terbaru ZUS. Sempena kemunculan air teh baru yakni ZUS Tea Fresh Brew Series.


Minggu lepas lagi promo ni start. Tapi aku tak pergi pun waktu tu. Sebab kalau beli air teh yang terlibat dalam promo ni, hanya dapat kad gores je. Aku nak sticker. 😢


Ada seketul air teh baru: Da Hong Pao Milk Tea. Tema warna merah menyala. Aku baca review, ada kata sedap, ada kata tak sedap. Entah. Aku tak minat pun air teh ZUS. Kali ni beli sebab sticker je.



Aku order kesemua 3 ketul air teh dalam ZUS Tea Fresh Brew Series tu. Setiap order, dapat seketul kad gores dan sticker. Total aku dapat 3 ketul kad gores dan 3 ketul sticker.


Aku try test air Da Hong Pao Milk Tea kat situ. Air lain aku tapau bawak balik rumah. Tapi kan ... berdasarkan tekak aku, air teh ni tak sedap pun. Kuat sangat rasa susu dan air tu cair. Macam minum teh susu versi cair.

Lantak lah.

Balik rumah, aku try test air White Peach Oolong Milk Tea dan Jasmine Milk Tea. Memang cair jugak tehnya. Mungkin pesen gini kot teh ZUS. Tak pekat. Rasa kuat dengan susu.

Tapi antara 3 air teh ni, aku paling suka versi peach. Sebab bau wangi. Versi jasmine tu pulak bila minum, rasa macam duk dalam masjid. Insaf kejap. 😭

Voucher kad gores


Sebenarnya banyak hadiah yang ZUS bagi. Setiap kad gores dijamin dapat hadiah. Ada yang dapat tumbler, ada yang dapat mainan bricks.


Aku pulak dapat 3 voucher diskaun. Jadi lah kan? Next time boleh lah guna kalau nak order lagi air ZUS.

Dapat jugak sticker karipap


Hari tu kan aku beli karipap. Tapi staff tak bagi sticker karipap sebab takde stok. Hari ni aku pergi, ada kata staff. Aku mintak lah seketul.


Sebab aku nak kumpul lagi sticker karipap comel ni, aku beli lah 2 ketul karipap hari ni. Dapat lah lagi 2 ketul sticker karipap. 😂

Post a Comment

0 Comments