Mencuba smoothie dan waffle Wakaka. Pencabar CoolBlog dan Tealive?


Pernah dengar jenama Wakaka? Aku pun baru tahu sejak dua menjak ni. Wakaka ni jenama BBNU. Lebih kurang sama macam CoolBlog dan Tealive yang jual air manis, smoothie, waffle dsb. Paling comel, diorang guna doodle dinosaur warna hijau sebagai maskot kedai.

Wakaka ni baru lagi. Mungkin sebab tu jarang dengar dan payah nak jumpa. Menu air yang diorang jual ada banyak. Dari air coklat, boba, smoothie sampai lah milk tea. Harga boleh tahan. Nak kata murah, tak jugak. Standard harga macam jenama pesaing.


Masa keluar rumah, sempat singgah kat kedai ni. First time beli. Tak tahu nak beli air apa. Last-last tanya staff kat situ air apa yang ramai orang beli. Dia offer air Mix Frutti Smoothie. Jadi, aku ambil lah air honeydew + blue coral.

Selain air, diorang ada jual waffle. Ada dua jenis iaitu original dan premium chocolate. Aku macam biasa lah. Tak suka yang ada inti. Jadi, aku beli waffle kosong. Dan lagi sedap bila waffle tu garing.


Sedap? Boleh tahan smoothie yang aku beli tu. Tak manis sangat. Rasa ngam je. Bukan level manis potong kaki. Waffle tu pulak, silap aku. Aku lupa nak pesan bagi masak sampai garing. Jadi, yang aku dapat, waffle lembut. Balik rumah, aku panaskan dalam kuali bagi garing sikit.

Post a Comment

5 Comments

  1. CoolBlog ada lagi ke? Lama tak perasan. Dekat area rumah penjaga anak saya, dah lama tutup kedainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cawangan yang dah tutup. Kat tempat saya masih ada lagi.

      Delete
  2. Ada perasan juga brand wakaka ni dalam foodpanda. Tapi belum mencuba lagi. Betul, tengok harga dan menu lebih kurang pesaing lain. Kalau tak manis tu kira okay bagi saya. Jenis manis sangat rasa lambat nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Selalu air buah, manis. Tapi yang ni rasa elok je.

      Delete