Resepi asam pedas ikan patin campak-campak.


Bila perut dah lapar dan nak cepat masak, takde masa dah nak sediakan macam-macam bahan. Buka peti ais, tengok apa yang ada, terus sediakan bahan masakan.

Nak masak ayam, ayam beku. Ikan patin pun beku tapi ikan lagi cepat defrost berbanding ayam. Jadi, menu hari ni ikan. Nak goreng, takde mood pulak. Terlintas kat otak nak masak asam pedas. Lagipun semua bahan dah ada. Apa susah. Campak-campak je.

Bahan-bahan

  • Ikan patin (dipotong)
  • Segenggam cili kering (dikisar basah)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar kering)
  • 1 biji bawang merah (dikisar kering)
  • Sepotong halia (dikisar kering)
  • Segenggam daun kesum
  • 1 biji bunga kantan (dipotong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Tumis bahan kisar kering sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa bersama daun kesum dan bunga kantan.
  4. Bila dah sebati, masukkan ikan patin, biarkan sehingga masak.
  5. Tambah garam secukupnya.
  6. Tambah air sekiranya terlalu pekat.

Nak pastikan ikan patin tu masak sepenuhnya, ambil masa jugak. Aku kira dalam 15 - 20 minit dengan api sederhana. Better guna periuk, bukan kuali. Bagi ikan tu tenggelam baru cepat masak. Nak guna kuali boleh, kena pastikan ikan di bawah paras air.

Post a Comment

6 Comments