Siri Juara Dunia: Karate oleh King Kong.


Antara karya King Kong yang aku suka. Karya terbaru. Komik bersiri. Setakat ni ada dua isu dalam BM dan BI. Komik Karate ni dah lama diterbitkan tapi dalam Bahasa Cina (setakat ni 6 isu).


King Kong ni antara pelukis komik yang dah lama bertapak kat Malaysia. Kipas-susah-mati mesti tahu siapa dia. Selain karya dia dalam Gempakstarz, dia jugak hasilkan beberapa karya lain yang diterbitkan luar Gempakstarz. Antaranya KK Superboy, KK Wonderboy dan The Kids Next Door.

Sinopsis


Kisah budak lelaki, Justin yang membesar dalam hutan dengan datuk dia. Bila masuk sekolah menengah, datuk dia hantar dia ke sekolah kat bandar. Kat sekolah ni lah dia mula asah bakat dan kemahiran dia dalam karate.

1. Siri Juara Dunia: Karate 01: Bukan Tunjuk Hebat



Tajuk: Siri Juara Dunia: Karate 01: Bukan Tunjuk Hebat
Karya: King Kong
Harga: RM14.00 / RM15.00 (SS)
ISBN: 9789672718871
Muka surat: 160
Tarikh terbit: Januari 2022
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Komik pertama ni lebih kepada pengenalan watak utama cerita iaitu Justin. Lepas disuruh datuk dia tinggalkan hutan dan masuk sekolah bandar, Justin sertai kelab karate. Dalam kelab ni, dia berlajar teknik dan kemahiran karate dengan betul.

2. Siri Juara Dunia: Karate 02: Gerakan Serangan



Tajuk: Siri Juara Dunia: Karate 02: Gerakan Serangan
Karya: King Kong
Harga: RM14.00 / RM15.00 (SS)
ISBN: 9789672790549
Muka surat: 160
Tarikh terbit: Mac 2022
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Kesinambungan kisah Justin kat sekolah menengah. Kali ni, cerita lebih mendalam. Kehebatan Justin dalam karate tak disenangi oleh pelajar lain. Kebetulan ada perlawanan karate antara kelab sekolah, Justin pun join. Masing-masing tunjukkan kehebatan tapi si Justin ni jenis cepat pick up. Segala teknik serangan lawan cepat je dia kuasai.

Lukisan tangan yang kemas. 

Ada info pasal karate dalam beberapa muka surat.

Bagi aku, komik Karate ni antara komik sukan yang bebaloi untuk dibaca. Jalan cerita yang santai dan mudah faham. Lagi-lagi komik ni berwarna. Senang nak imagine sesuatu cerita tu. Sekarang banyak kedai kat Shopee offer baucar Semarak Membaca RM10. Boleh lah beli guna baucar tu.

Post a Comment

10 Comments

  1. dah lamanya tak baca komik
    Jaman muda2 dulu suka juga baca komik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa terluang boleh baca. Beli siap-siap sementara ada promo.

      Delete
  2. boleh geng anak² sy ni suka baca komik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik sekarang dah makin bagus. Cerita berilmiah. Bagus untuk proses pembelajaran.

      Delete
  3. Ada info pasal karate tu yg menarik tu. boleh belejar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Komik macam ni lah yang sangat berbaloi untuk dibeli.

      Delete
  4. Menarik.. tambah bila dia letak info pasal karate tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info yang sangat berguna tu. Boleh tambah ilmu walaupun tak pernah join karate.

      Delete