12 lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37).


Lama sudah aku tak layan Muzik-Muzik kat TV3. Tup tup dah masuk AJL dah. Bukan tak nak tengok, tapi kekangan masa. Kadang nak tengok live Muzik-Muzik, tak sempat sebab clash dengan program lain.

Kali terakhir aku tengok dengan gigihnya AJL ni, masa AJL34. Walaupun penuh kontroversi, tapi tu salah satu AJL yang melekat dalam otak aku sampai sekarang.

Separuh akhir 1 Separuh akhir 2 Akhir
Jumaat
25 November 2022
3.00 PM - 6.00 PM
Sabtu
26 November 2022
3.00 PM - 5.30 PM
TBA

Macam selalunya, sebanyak 30 lagu dari Muzik-Muzik dipilih (40% undian peminat, 60% markah juri) masuk ke separuh akhir AJL. Seterusnya, 12 lagu dipilih masuk ke pentas akhir AJL.

12 lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-37

1. Anugerah Terindah


Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis
Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Penyanyi: Alif Satar & The Locos

2. Debu


Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Penyanyi: Dayang Nurfaizah & Amir Masdi

3. Korban


Komposer: Ernie Zakri
Lirik: Ernie Zakri
Penyanyi: Ernie Zakri

4. Bahagiakan Dia


Komposer: Aliff Iskandar
Lirik: Aliff Iskandar & Que Afiq
Penyanyi: Liza Hanim & Shila Amzah

5. Satu Malam Di Temasek


Komposer: Sonaone
Lirik: Joe Flizzow & Sonaone
Penyanyi: Joe Flizzow & Sonaone

6. Kembali Terang


Komposer: Senna & Ajin
Lirik: Senna
Penyanyi: Marsha Milan

7. Terus Hidup


Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Penyanyi: Aina Abdul

8. Nang


Komposer: Ezra Kong & A. Ramlee
Lirik: Ezra Kong & A. Ramlee
Penyanyi: Iman Troye

9. Payung Pelangi


Komposer: Noki & Mk
Lirik: Noki & Mk
Penyanyi: Noki & Mk

10. Sengsara


Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Penyanyi: Khai Bahar

11. Irama


Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Penyanyi: Shiha Zikir

12. Mainan


Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga
Lirik: Arisz Ab Rahman
Penyanyi: Naim Daniel

Kalau perhati kat list finalist AJL37 tu, majoriti penyanyi sama yang pernah masuk final. Bukan tak best, tapi persaingan nampaknya makin sengit. Tapi kena ingat, AJL bukan lah pentas untuk penyanyi tapi pentas untuk hargai dan memartabatkan komposer dan penulis lirik lagu-lagu di Malaysia.

Makin berdebar pulak nak tengok AJL37 nanti. Belum ada kenyataan rasmi berkaitan tarikh dan tempat bakal berlangsungnya pentas akhir AJL37. Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ada beberapa lagu yang baru Sha tahu kewujudan dia.. hehehe..

    ReplyDelete