Aiskrim Superman Magnolia. Lengkap sudah makan 3 variasi aiskrim.


Sebelum ni aku ada buat entri pasal aiskrim baru keluaran Magnolia. Aiskrim karakter DC Comics iaitu The Flash dan Batman.



Kali ni, aku sempat beli dan rasa aiskrim Superman pulak. Memandangkan aku risau aiskrim ni cair sebelum sampai rumah, masa kat kedai tu, aku pergi ke bahagian basah dan mintak sikit ais. Alah. Ais yang selalunya diorang taruk bawah sayur atau ikan dan ayam tu.

Diorang ambil ais baru dari mesin. Ais tu tak kotor pun. Bersih. Boleh je kalau kita mintak. Staff akan bagi. Tapi ais tu bukan buat minum ye. Kang tak pepasal sakit perut. Maka, bila sampai rumah, aiskrim yang aku beli, tak cair teruk. Elok lagi walaupun ada kesan mencair.


Bila dah rasa, jujur aku kata, aku tak suka perisa Superman ni. Sangat manis berbanding perisa lain. Aku makan secoit je dan rasa manis masuk tekak. Mungkin penangan blueberry dan epal tu yang jadikan rasa aiskrim ni makin manis.

 P.S. Harga aiskrim ni RM1.90 seketul. Fixed price kot macam harga roti kat kedai.

Post a Comment

4 Comments

  1. Macam pernah nampak.. Warna dia cantik.. Tapi kalau manis sangat, memang tak bestlah nak layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Superman ni memang manis. Yang lain elok je.

      Delete