Mamee Monster Bola Sepak edisi terhad sempena FIFA World Cup 2022.


Kalau pergi kedai, mesti akan jumpa pek baru Mamee Monster. Ada gambar Monster main bola sepak kat padang. Aku tak tahu pulak nama karakter Monster tu. Ada 3 warna: biru, merah dan pink.

Karakter Monster bersama Mister Potato.

Mulanya aku pelik kenapa muncul pek baru ni secara tiba-tiba. Kesnya beberapa minggu lepas masa aku singgah MR. DIY, nampak beberapa pek Mamee Monster Bola Sepak. Sebab setahu aku, pek Justice League masih ada lagi dijual kat kedai.

Masa tu, aku cari info dalam Google tapi takde. Dalam kedai official pun belum ada lagi info pasal pek baru ni. Sabtu lepas, masa singgah AEON, muncul pulak booth Mamee ni. Aku dah agak. Mesti nak promote pek Bola Sepak.



Mamee Monster Bola Sepak ni ada 3 perisa: ayam, BBQ dan pedas (black pepper takde). Apa yang lain? Gambar packaging je yang lain. Rasa masih sama macam pek asal.

Aku pernah sekali tanya promoter kat booth AEON tu. Aku tanya apa special pek baru ni. Katanya hanya sekadar gambar Monster tu main bola sepak je. Yang lain takde perubahan.



Promo kali ni, macam biasa lah, ada contest. Katanya ada banyak hadiah menarik. Nak join mudah sangat. Just ambil gambar bersama pek baru ni masa tengok bola sepak.

Aku tengok ramai jugak yang join contest ni. Siap bergambar depan TV dengan famili. Tapi segan pulak aku nak bergambar sakan. Semoga yang bertuah tu menang contest ni ye.

Contest Mamee Monster Bola Sepak.

Promo pek Neymar.

Selain contest Bola Sepak tu, ada jugak promo pek Neymar. Ingat tak dulu ada gambar Cha Eun Woo, idol korea tu? Mungkin promo tu dah tamat. Sekarang Neymar yang ambil alih pulak. Sempena FIFA 2022 ni katakan.

Kalau masa promo Cha Eun Woo tu, siap ada buku nota gambar dia. Untuk Neymar ni, aku tak pasti merchandise apa yang Mamee bagi. Bola? Jersi? Atau ada barang yang lagi menarik?

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau nak menang kena ambil gambar makan sambil guling-guling macam Neymar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ambil gambar kat padang terus ni. Confirm menang. 😂

      Delete
  2. oo baru tahu ada version bola sepak ni.. bagus tu try la masuk contest dia kot la ada rezeki

    ReplyDelete
  3. Jap fifa dah start ke eh? Sebab rasa macam kalini takde vibes sangat. Ke semua sedang vibes nak PRU 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan start. Rasanya saban tahun vibes FIFA makin berkurang lepas Beckham and the geng bersara. 😆

      Delete