Borong Mamee Monster Pokémon.


Lepas promo Pek Retro tak lama dulu, kali ni syarikat Mamee perkenalkan pek baru diorang iaitu Mamee Monster Pek Istimewa Pokémon.



Memandangkan buat masa sekarang, Mamee Monster ada 4 perisa (ayam, BBQ, pedas dan lada hitam), maka kesemua perisa ni terlibat dalam promo pek istimewa.


Macam mana nak tahu kat kedai ada jual pek Pokémon terbaru ni? Senang je. Cari pek besar yang ada 8 paket kecil Mamee Monster dalam tu. Kat depan pek tu, ada gambar karakter Pokémon.


Apa yang istimewanya pek istimewa ni? Lain ke rasanya dari pek lain? Ada beberapa kelainan. Satu, dalam pek istimewa ni, ada satu pelekat Pokémon percuma. Ada 20 corak kesemuanya.


Kedua, dalam banyak-banyak pek, ada 4 jenis pek misteri yang terselit dalam tu. Pek misteri tu yang lainnya, tentu lah corak pek tu sendiri. Ada gambar Squirtle, Bulbasaur, Pikachu dan Charmander. Peminat Pokémon mesti akan kumpul bungkusan plastik ni kan?


Dari segi rasa, dikatakan pek misteri tu ada rasa istimewa yang tersendiri. Aku tak pasti rasa macam mana sebab aku belum bukak pek misteri tu. Tetiba rasa sayang nak bukak pulak.

Dapat free gift masa promo hari tu.

Bagus bila ada promo macam ni. Makin menarik perhatian budak-budak dan mak bapak budak (peminat Pokémon) untuk beli. Tapi aku lagi suka yang dulu-dulu punya. Dalam setiap pek kecil (harga dalam 30 sen) ada hadiah atau pelekat percuma.

Dulu macam-macam promo yang Mamee Monster buat. Pernah ada promo YU-GI-OH!, Olimpik, Zoo Negara, Peta Malaysia, Star Wars, Digimon, Pokémon dan banyak lagi.



Masa kecik, boleh katakan hari-hari aku singgah kedai runcit sebab nak kumpul semua ni. Sanggup ikat perut kat sekolah sebab nak spend beli jajan. Bila bukak jajan ada hadiah, rasa hepi tak terkata. Ada yang sempat kumpul semua tapi hilang entah ke mana bila pindah rumah.

Tak pasti kenapa diorang tak kekalkan buat macam tu. Takde bajet? Ke merugikan? Entah.

Post a Comment

16 Comments

  1. Jaman kecik2 dulu selalulah beli jajan mamme ni kalau ada duit

    ReplyDelete
  2. Mungkin pelekat tu dah kurang peminatnya jadi pengeluar tidak keluarkan,

    ReplyDelete
  3. Lama sudah Cuya tak merasa dapat hadiah daripada pek mamee..
    Jarang beli mamee. kalau nampak je baru amik

    ReplyDelete
  4. Cantiknya blog ni! heheheh tiba2 komen lain dari artikel heheheh

    ReplyDelete
  5. Rajinnya buat koleksi... sy beli jugak utk anak² tp entah apa yg diorang buat dgn kad tu... lepas tu choki² pun selalu ada kad jugak.. yg tu mmg sy nampak byk diorang kumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choki Choki pun best jugak. Buat koleksi sebab seronok kumpul benda free macam ni.

      Delete
  6. Dulu ayah ada kedai runcit, saya memang selalu kumpul toys mamee, tora-tora dan lain-lain haha

    ReplyDelete
  7. Betul betul peminat Mamee Monster ni. Comellah patung tu. Untung juga dapat patung comel tu boleh buat koleksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki. Sekarang Mamee ada jual patung tu tapi mahal sebab kena beli set jajan.

      Delete
  8. Tak perasan pula pasal promo mamee monster pokemon ini.. ada lagi ke tak agaknya kalau nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat saya komen ni, masih ada dalam Shopee dan Lazada.

      Delete