Google Album Archive will no longer be available.


Sedih rasanya. Dah lah aku selalu guna bila nak berblogging. Tetiba dapat pop-up message masa bukak Album Archive, katanya dah tak boleh guna bermula 19 Julai 2023 nanti.


Untuk yang tak tahu, Album Archive ni tempat simpanan gambar-gambar dan video-video daripada beberapa aplikasi Google macam Hangouts, Picasa Web Albums dan Blogger.

 Info: Google Album Archive is a web gallery provided by Google that lets you view and manage photo and video content from a number of Google products and services. This includes former Google products such as Hangouts and Picasa Web Albums.


Dah lama dan Album Archive ni wujud. Dari tahun 2016 lagi. Salah satu fungsinya adalah untuk simpan gambar dan video Blogger. Aku selalu bukak Album Archive ni bila aku tersalah upload gambar dan aku akan delete gambar tu. Jadi, takde lah makan storage yang diberi Google yakni setiap akaun hanya 15 GB.

Alternatif Album Archive?



Jangan risau. Walaupun Album Archive dah tak boleh akses, segala gambar dan video dari Blogger disimpan dalam satu halaman lain yang dipanggil Blogger Media Manager. Boleh pergi ke Blogger > Settings > Media from your blog. Kalau tak nak bukak kat situ, terus tekan link bawah ni. Senang.



Sebenarnya, Media Manager ni lagi praktikal berbanding Album Archive. Kenapa? Sebab gambar-gambar dalam Media Manager ni disusun secara terkini berdasarkan waktu gambar tu di upload. Tak sama macam Album Archive yang memerlukan kita scroll sampai habis satu album tu untuk tengok atau delete gambar terkini.

Kedua, Media Manager ni sediakan URL gambar secara direct. Maksudnya, bila kita klik gambar dalam Media Manager, gambar tu akan terbuka dan dari situ lah kita boleh tengok URL gambar.


Ketiga, ada satu feature yang takde dalam Album Archive: select image. Feature dalam Media Manager ni sememangnya sangat membantu bila kita nak delete gambar dengan banyak sekaligus. Tak perlu lagi nak susah-susah delete satu per satu gambar.

Aku tak pasti kenapa Google nak buang Album Archive. Mungkin dengan munculnya Media Manager, khidmat Album Archive dah tak diperlukan lagi? Entah. Yang pasti, walaupun Album Archive dah takde, aku terpaksa lah beralih guna Media Manager yang mana bagi aku, lebih smooth dan banyak features menarik.

Post a Comment

6 Comments

  1. Album Archive tu pun tak pernah guna...tapi nanti ammi cuba godek bab media manager tu. mudah-mudahan makcik ni dapatlah adapt benda baru dengan cepat ahakss

    ReplyDelete
  2. tidakkkk, google album archive banyak kenangan.. guna since 2010.. gambar yang tak terpublish dalam blog pun masih ada dalam album archive.. kena cepat2 download simpan la nampaknya.. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sama lah. Dulu upload siap-siap risau gambar hilang bila duk lama dalam phone.

      Delete
  3. Belum ada scroll media manager lagi. Nice sharing. thank you

    ReplyDelete