Drama bersiri Budak Takraw di TV Okey.


Akhirnya! Setelah lama aku tunggu kemunculan live-action Budak Takraw ni tayang. Tahu tahu, 3 Julai ni dah mula tayang episod 1 kat TV Okey.


Memandangkan drama ni belum tayang lagi waktu aku tulis entri ni, aku tak pasti watak dan jalan cerita asal dari komik akan dikekalkan atau tak.

Tajuk: Budak Takraw
Jumlah episod: 13
Genre: Drama, sukan, persahabatan
Bahasa asal: Bahasa Malaysia
Tarikh tayangan: 3 Julai 2023 - 17 Julai 2023
Waktu: Isnin - Sabtu, 2.30 petang
Siaran TV: TV Okey
Pelakon: Firdaus Ghufran, Zarul Imran, Redwan Hakim, Taufik Hanafi, Diana Rusli, Idham Maulana, Nik Syaf, Boy Ngasri, Nazzaty Rusli, Azlan Mubin

Sinopsis


Kisah 3 sekawan yang berbeza personaliti iaitu Rizal, Azman dan Ali bersungguh-sungguh menubuhkan kelab takraw sekolah buat julung kalinya. Dengan dibantu rakan pengawas iaitu Sarah, diorang bergiat aktif dalam sepak takraw sehingga berjaya menempa nama dalam pertandingan yang lebih tinggi.


Aku pernah bagi ulasan pasal komik Budak Takraw. Keseluruhan komik ada 3 dan 1 komik tambahan yang menceritakan kisah lanjut salah seorang watak utama Budak Takraw selepas pindah sekolah.


Sebenarnya, tak banyak info yang aku jumpa pasal live-action komik Budak Takraw. Yang ada pun, muka pelakon-pelakon drama Budak Takraw.


Bagi aku, ni satu kejayaan yang sangat besar bagi Komik-M dan PTS. Bukan senang cerita dari komik boleh diadaptasi ke kaca TV.

Sebelum ni, tak silap aku salah satu karya Anshari (pelukis Budak Takraw) berjaya dijadikan telefilem. Tajuknya Lukisan Hati. Antara komik yang menarik untuk dilayan.


Peminat Komik-M dan sepak takraw pasti tak sabar nak tengok drama Budak Takraw ni. Sama lah dengan aku. Kena curi masa untuk tengok petang esok. Kalau tak, entah bila akan ada ulang tayang. Kalau ada dalam list rtmklik bagus jugak.

Post a Comment

6 Comments

  1. Adaptasi komik.. Rasanya ada baca komik ini.. tapi waktu tayangan tu, tak dapat nak tonton..

    ReplyDelete
  2. laaa sebelah petang ya... time keje tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok ulangan kat rtmklik. Saya pun kalau terlepas scene penting, terus tengok kat rtmklik.

      Delete
  3. dari komik dijadikan drama...teringat cerita anak-anak Sidek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Sidek antara komik sukan terbaik. Rindu pulak nak baca macam dulu-dulu.

      Delete