Ulasan komik Dongeng Seri: Puteri dari Alam Misteri.


Dah lama aku nak beli buku ni. Ingat tak dalam entri lepas-lepas aku ada buat cermin mata baru? Lepas keluar dari kedai tu, aku singgah pulak kat kedai buku. Aku ada nampak buku ni kat tepian rak buku. Tapi waktu tu takde bajet nak beli sebab duit habis kat cermin mata.

Alhamdulillah. Kat Pesta Buku Kelantan, komik ni ada tersusun elok kat rak buku kategori baru terbit. Memang aku nak beli sebab aku dah aim sebelum ke sana lagi. Buat bajet siap-siap dari rumah. Sebab pesta buku pun boleh tahan berhantunya macam ECO Shop.

Tajuk: Dongeng Seri: Puteri dari Alam Misteri
Karya: Haniff Khalid & Maisarah Atan
Harga: RM14.00 / RM16.00 (SS)
ISBN: 9786297565118
Muka surat: 112
Tarikh terbit: 29 May 2023
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Sinopsis


Kisah pengembaraan Seri, seorang kanak-kanak perempuan yang dibesarkan dalam hutan oleh mak ayah dia. Tanpa dia sedar, dia ada kuasa yang mampu melihat makhluk ghaib yang bersama-sama bantu dia untuk selamatkan mak dia yang ditangkap oleh dukun.

Ulasanspoiler alert


Keterujaan aku nak miliki sendiri buku ni bermula tatkala Komik-m post pilihan gambar cover buku untuk dijadikan cover rasmi. Bagi aku, semua cover tu cantik. Aku tertarik bila tengok lukisan karakter yang cukup cun, kena dengan cita rasa aku.


Aku expect buku ni merupakan sebuah komik. Tapi bukan. Tidak sama sekali. Tapi nak kata novel, tak jugak. Sebab setiap perenggan ayat, ada je lukisan karakter dan persekitaran yang menerangkan situasi yang berlaku.

Bila aku tengok dan perhati betul-betul cover buku ni, baru aku perasan. Ada satu pernyataan kat situ: Novel Bergrafik. Patut lah! Buku ni sebenarnya novel dan dalam masa yang sama, ada lukisan yang follow up cerita tu.


Style buku ni mengingatkan aku dengan buku cerita yang aku selalu baca zaman sekolah rendah dulu. Kebanyakan buku cerita kanak-kanak, pasti akan ada ayat yang disertakan dengan lukisan. Untuk mudahkan kanak-kanak berimaginasi dengan apa yang diorang baca.


Dari segi cerita dan plot, tak dapat dinafikan yang kedua-dua ni sangat menarik. Sangat fresh. Bertemakan fantasi dan alam ghaib. Sekali tengok macam cerita Alice in Wonderland, Siti di Alam Fantasi dan Spirited Away. Tapi bila baca, Dongeng Seri ni ada keunikannya tersendiri. Setakat aku tahu, belum pernah lagi aku jumpa buku genre macam ni yang PTS atau Komik-m terbitkan. Rare kan?

Lagi satu, beberapa halaman terakhir buku ni, ada disertakan sekali info tambahan yang diberi nama Kitab Kembara. Dalam Kitab Kembara yang ditulis oleh penulis yang tidak diketahui gerangannya ni merekodkan beberapa maklumat penting yang boleh dijadikan rujukan untuk lebih memahami karakter atau jalan cerita Dongeng Seri ni.


Cuma yang tak best, cerita ni macam tergesa-gesa nak disiapkan. Tak sempat Seri nak hadam yang dia ni keturunan bunian, tup tup terpaksa bertarung dengan dukun sebab nak selamatkan mak dia. Ditambah lagi dengan rahsia pelik mak dan ayah dia yang terbongkar. Macam terlalu cepat plot-plot penting ni ditambah dalam satu buku. Pening bebudak nak baca nanti.


Jadi, aku sebenarnya keliru dengan target audience atau pembaca buku ni. Untuk kanak-kanak, remaja atau remaja purba macam aku ni? Kalau untuk kanak-kanak, plot cerita ni terlalu pantas. Kalau untuk remaja, keseluruhan cerita ni lebih menjurus kepada selera kanak-kanak. Kalau untuk remaja purba atau dewasa, macam lari jauh.

Bagi aku, aku lebih suka kalau buku ni lebih fokus kepada kisah Seri yang mula kenal dengan makhluk-makhluk ghaib yang dipanggil mambang. Ceritakan dulu perjalanan dan persahabatan antara Seri dengan mambang-mambang tu secara detail.

Mungkin boleh tambah kisah hidup Seri macam pergi sekolah ke, buat aktiviti masa lapang sambil ditemani mambang-mambang tu ke. Sekurang-kurangnya dapat jugak pembaca macam aku ni rasai dan cipta satu bonding atau ikatan dengan Seri dan kehidupan dia sebelum masukkan ke plot yang lagi berat.

Cantik kan lukisan ni?

Overall, aku bagi rating 7/10 sebab walaupun cerita ni terlalu pantas untuk ditaruk dalam satu buku pengenalan, tapi dari segi tema dan watak, aku suka. Jarang nak jumpa cerita macam ni zaman sekarang. Aku kira, penulis dan pelukis atau pencetus idea komik ni punyai daya imaginasi yang tinggi sehingga mampu hasilkan sebuah kisah kemelayuan berunsur alam ghaib yang jarang sekali dijumpai zaman sekarang.

 P.S. Kalau PTS buat dan jual merchandise atau plushie karakter Dongeng Seri ni pasti laku.

Post a Comment

8 Comments

  1. Selamat membaca dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Wah..best review
    Jarang sekali Cuya nak jumpa org review komik
    Cuya pon suka komik-m..tapi lama rasanya tk beli drpd komik-m

    tapi Cuya suka komik Misi, pernah dengr tk siri Misi?
    Komik ilmiah...Cuya memang pengikut Nazry Salam dengan Afiq Salam. Nanti try la cari, memang bagus sebab ada ilmu bukan sekadar cerita kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ada beberapa komik yang saya pernah review dalam entri lepas-lepas. Boleh klik label 'komik' kat bahagian Tags.

      Saya ada jugak beli komik Misi tapi tak banyak. Last komik Misi yang saya baca komik Aviasi Fantasi (Misi Terbang Tinggi). Menarik jugak. Diorang berdua ni ada gaya tersendiri.

      Betul. Komik-m antara komik berilmiah. Bagus untuk asah bebudak minat membaca.

      Delete
  3. Menariklah buku ni. Luar dalam comel dengan lukisan. Saya pun ingatkan komik. Rupanya novel bergambar ye. Teringat cerita Moana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah tengok lagi Moana. Kalau teringat tu, mesti menarik ceritanya.

      Delete
  4. Sha panggil ini Nomik (Novel+Komik).. best ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nomik. Ganjil bunyinya. 😅

      Ceritanya best. Harap penulis dan pelukis dapat kembangkan jalan cerita dengan lagi menarik lepas ni.

      Delete