Budak Takraw episod 2: Skuad Baru.


Skuad Baru lebih fokus kepada penubuhan kelab takraw sekolah SMK Sungai Gambut. Perancangan awal Rizal, Azman, Ali (dan Sarah) untuk pastikan diorang berjaya kalahkan team sepupu Sarah supaya dapat buktikan yang kelab takraw sekolah mampu ditubuhkan.

Episod: 2
Tajuk: Skuad Baru
Tarikh: 4 Julai 2023, 2.30 PM
Sinopsis: Azman, Rizal dan Ali lambat ke sekolah dan Sarah membawa mereka ke bilik guru. Mereka menafikan tuduhan bahawa mereka telah bergaduh semalam, malahan Azman mendakwa bahawa mereka hanya mahu bermain takraw.

Plot episod


Episod kali ni dimulakan dengan perang mulut antara Sarah dengan Rizal dan Azman. Kes Rizal dan Azman lewat datang sekolah. Sarah kan pengawas. Maka ditutupnya pintu pagar sekolah dan tak bagi budak lelaki 2 orang tu masuk.


Aku tak suka lah karakter Sarah live-action ni. Over plus annoying sangat dan tak matang langsung. Tak macam dalam komik. Dalam komik, Sarah ni agak kepochi tapi matang.


Pergaduhan antara Azman dan Ali semalam diketahui pengetua sekolah. Kesannya, diorang termasuk Rizal kena denda cuci tandas! Sambil cuci, sempat lagi diorang bincang nak tubuhkan kelab takraw sekolah.

Sekolah diorang ni tak ramai pelajar ke? Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu. Waktu rehat, memang payah giler nak cari tempat lepak dengan member. Kena cop cepat-cepat. Kalau tak, confirm akan ada yang duduk situ. Nak lepak dalam kelas tak boleh. Kes pernah ada kecurian barang pelajar masa rehat. Lepas tu, terus cikgu tak bagi duduk dalam kelas waktu rehat.


Sarah bagitau Azman yang dia boleh tolong untuk tubuhkan kelab takraw. Tapi bersyarat: diorang kena kalahkan team takraw sepupu Sarah. Tapi Sarah inform sepupu dia, Abang Man supaya kalahkan team Rizal, Azman dan Ali sebab dia tak suka dengan perangai berlagak geng Rizal tu.


Maka, Rizal, Azman dan Ali pun berlatih lah petang tu. Dimulakan dengan sesi panaskan badan dengan berlari sekeliling kampung. Lepas tu, diorang berlatih main takraw kat gelanggang.


Kat sekolah, Sarah bagitau Rizal apa yang berlaku dan rancangan dia untuk halang Azman dan Ali dari tubuhkan kelab sepak takraw. Tapi Rizal tak suka dengan rancangan Sarah sebab memperjudikan persahabatan Rizal dan kawan-kawan dia. Jahat betul Sarah ni!


Sebab terharu dan kagum dengan kesungguhan Rizal untuk main takraw, abang Rizal iaitu Azlan bina gelanggang bajet tepi rumah dia. Makin bersemangat diorang untuk terus berlatih.


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari di mana Rizal, Azman dan Ali perlu kalahkan team sepupu Sarah untuk pastikan kelab takraw sekolah boleh ditubuhkan.


Bab main takraw bagi aku, sangat awkward. Selalu aku tengok orang main takraw, bila berjaya skor point, diorang akan buat cheers. Tapi team sepupu Sarah tu yang kategori senior, langsung takde cheers bila skor point. Macam pelik pulak.


Malang menimpa sekali lagi. Team Rizal kalah teruk. Tapi Sarah dah akui kesilapan dia. Dia tetap akan tolong untuk tubuhkan kelab takraw sekolah.

Sini aku lagi pelik. Pehal nak kena mintak bantuan Sarah untuk tubuhkan kelab takraw? Sebab Sarah pengawas? Takkan takde cikgu sukan kat sekolah diorang? Kenapa tak pergi direct jumpa cikgu sukan kalau nak mintak tubuhkan kelab takraw?


Lepas kalah teruk hari tu, Rizal dah mula tunjuk tanda-tanda putus asa. Dia tak nak disebabkan dia, kawan-kawan dia tak dapat tubuhkan kelab takraw. Nasib baik abang dia sangat supportive. Tak bagi Rizal mengalah terlalu awal.

Bersambung episod 3.

Post a Comment

4 Comments

  1. Menarik jalan cerita ni, lain dari drama melayu klise skrg ni. Kenapa Sarah tak suka dengan dieorg ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah. Mungkin Sarah tu kurang kasih sayang kot.

      Delete
  2. ayat yg diorg tak buat cheers tu buat saya berdekah haahahahahah sy dapat bayangkan ke awkward an nya hahahaha

    ReplyDelete