Budak Takraw episod 4: Pecah Ruyung.


Lepas Roy setuju untuk jadi jurulatih team Rizal, maka, bermula lah sesi latihan extreme yang terpaksa diorang hadap. Kena masuk hutan, berendam dalam sungai dan banyak lagi lathian yang tak terfikir dek akal diorang.

Episod: 4
Tajuk: Pecah Ruyung
Waktu tayangan: 6 Julai 2023, 2.30 PM
Sinopsis: Jurulatih baharu mereka, Roy membawa mereka berlatih di hutan. Lalu Rizal mempersoalkan mengapa latihan tidak dibuat di dewan seperti biasa. Roy mendakwa latihan di hutan sambil menghirup udara segar lebih berfaedah untuk badan.

Plot episod


Untuk kali ni, kisahnya lebih kepada latihan extreme yang Roy bagi dan kesannya kepada pihak terlibat termasuk lah guru penaung kelab sepak takraw sekolah iaitu Cikgu Imran.


Walalupun latihan yang Roy bagi sangat pelik dan memenatkan, tapi Rizal, Azman dan Ali ni tetap ikut segala bentuk latihan tu tanpa banyak complain. Diorang sebenarnya tak tahu niat sebenar Roy. Apa niat tu? Jeng jeng jeng!


Cikgu Imran bincang dengan wakil persatuan sepak takraw daerah untuk join pertandingan sepak takraw peringkat daerah. Lepas dapat tahu team SMK Sungai Gambut terpaksa bertarung dengan team senior, makin menggelabah lah Cikgu Imran. Dia risau team dia kalah lagi.


Roy sebenarnya nak uji Rizal, Azman dan Ali. Disebabkan diorang berlagak, acah-acah pandai main takraw, Roy nak bagi latihan berat supaya team Rizal tu mengalah dari main sepak takraw.


Malangnya, latihan extreme yang Roy buat, diperhatikan oleh Cikgu Imran. Cikgu Imran pertikai latihan yang Roy bagi. Sebab bukan latihan extreme macam ni yang dia jangkakan daripada Roy. Tapi latihan yang boleh tingkatkan prestasi team Rizal supaya boleh bertarung dalam pertandingan peringkat daerah tak lama lagi.


Terkejut dengan berita dari Cikgu Imran, Roy berkeras tak setuju. Katanya team Rizal masih lagi belum cukup baik untuk bertarung dalam perlawanan peringkat daerah.


Kat rumah, ayah Azman tak berkenan Azman main sepak takraw. Disebabkan takraw, dia risau pelajaran Azman terganggu. Azman yang selalu lewat ke sekolah disebabkan latihan sepak takraw yang extreme, buatkan Ayah dia makin risau dan berkira-kira untuk benarkan Azman terus main takraw.


Cikgu Imran mengadu kat Cikgu Aisyah pasal latihan extreme Roy dan bercadang untuk cari pengganti Roy. Tapi Cikgu Aisyah nak pergi tengok sendiri keadaan latihan yang Roy bagi tu.


Roy mula risau bila dapat tahu team dia akan bertanding dalam perlawanan peringkat daerah. Dia risau team dia masih belum bersedia untuk masuk pertandingan. Dalam masa sama, trauma kekalahan dia suatu ketika dulu, masih terngiang-ngiang dalam fikiran dia.


Roy buat keputusan untuk berhenti jadi jurulatih. Dia pergi ke sekolah dan bagitau team dia. Tapi saat Cikgu Aisyah datang, dia terpegun tengok Cikgu Aisyah dan ubah keputusan dia. Roy bersetuju untuk terus jadi jurulatih kelab sepak takraw SMK Sungai Gambut.

Bersambung episod 5.

Post a Comment

0 Comments