Menang giveaway Gempakstarz part 1.


Cerita dah lama tapi sebab aku terbaca entri rakan Blogger yang cukup excited bila jadi salah seorang pemenang giveaway Gempakstarz, aku pun tergerak hati nak share kegembiraan bersama gitu.

Beberapa kali jugak lah aku menang giveaway dari company ni. Alhamdulillah. Masa PKP dulu, selalu jugak aku join live yang Gempakstarz buat. Waktu tu kan banyak masa terluang. Jadi, aku guna lah masa tu dengan buat aktiviti-aktiviti yang aku kira berfaedah.

Selalunya, Gempakstarz buat live hari Jumaat petang. Tujuan utamanya sebab diorang nak promote produk diorang. Setiap kali live, diorang akan intro harga komik yang lebih murah berbanding harga biasa. Selalunya komik yang dijual secara bundle.

Lebih kurang macam ni lah sesi giveaway.

Lepas pung pang pung pang promote, acara terakhir yakni acara yang ditunggu-tunggu oleh setiap penonton, bermula iaitu sesi giveaway. Nak menang giveaway senang je. Jawab soalan kacang yang diorang bagi. Soalan tu berdasarkan info yang diorang beri sepanjang sesi live tu.

Maka aku pun cuba lah nasib. Ramai jugak yang jawab dengan betul. Tapi aku tak pasti macam mana Gempakstarz pilih pemenang. Main select je ke atau guna sistem macam Random.org tu? Dan bila aku diumumkan sebagai pemenang, excited kemain lah.


Tak lama lepas tu, hadiah giveaway tu pun sampai. Walaupun hadiahnya tak seberapa tapi nikmat dan kesyukuran bila dapat free gift yang orang bagi macam ni buatkan aku tersenyum sendiri.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah minat gempakstarz juga rupanya. Geng!
    Ehh....merchandise gempakstarz kalau jual ada harga tau!
    Cuya pernah jual di fb, habis diborong orang tau. Cuya jual dekat group komik di fb...

    sebab kan merchandise hadiah ni tkde dijual di mana2, so limited gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lah kita. Merchandise tu pun selalu dapat bila beli komik Gempakstarz kat Shopee atau Lazada.

      Delete
  2. Walaupun dah lama, saya tetap nak ucapkan tahniah

    ReplyDelete
  3. Sama geng dengan Cuya minat Gempakstarz. Tahniah.

    ReplyDelete