Komik Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat oleh Afiq & Nazry.


Salah satu komik terbitan PTS yang menarik untuk dibaca. Komik ni berlatarbelakangkan zaman Melayu dulu kala. Penggunaan bahasa pun style orang dulu-dulu. Baku. Jarang nak jumpa komik macam ni. Selalu komik yang ada, lebih bersifat moden.

Tajuk: Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat
Karya: Afiq & Nazry
Harga: RM6.90 / RM7.90 (SS)
ISBN: 9789674100179
Muka surat: 160
Tarikh terbit: 10 Januari 2012
Penerbit: Komik-M, PTS Pop Sdn. Bhd.

Sinopsis



Kisah pengembaraan Ali dan Tuah untuk balas dendam atas kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh kumpulan penjahat yang diberi nama Pancakuasa. Sepanjang perjalanan diorang berdua dalam mencari lokasi Pancakuasa, bermacam-macam halangan dan rintangan yang terpaksa diorang tempuh. Menggunakan kuasa yang ada, Ali, Tuah dan 3 ekor binatang kecil bersama-sama berusaha tumpaskan penjahat tersebut.

Sedikit info


Afiq dan Nazry ni adik beradik. Afiq bertindak sebagai pelukis, manakala Nazry merupakan penulis. Banyak komik yang diorang hasilkan seperti Misi Detektif Fateh, Misi 8 A, Misi 10 A, Misi 4 Flat dan jugak Misi Terbang Tinggi.

Ulasanspoiler alert


Komik Ali & Tuah ni dah dicetak sebanyak 2 kali (2012 dan 2013). Cover pertama sama macam kedua. Hanya ada beberapa perubahan font dan logo syarikat. Sekarang, komik ni dah tak dijual oleh Komik-M dan PTS.


Genre yang diketengahkan adalah bersifat fantasi, lawak dan pengembaraan. Jadi, bila baca komik ni, terasa sama-sama join pengembaraan diorang.

Mungkin komik ni sesuai untuk golongan remaja. Sebab bagi aku yang dah nak masuk kategori remaja purba ni, aku rasa terlalu panjang dan meleret-leret pengembaraan diorang. Setiap halangan dalam pengembaraan tu macam takde pun takpe. Maksud aku, tak terkesan pada jalan cerita secara keseluruhan.


Contohnya, ada scene ketua kampung yang ajak orang kampung beramai-ramai solat hajat. Macam scene tu tak perlu. Mungkin penulis nak buat dua scene yang berbeza dalam satu masa. Supaya ada kesan saspens gitu.

Overall, aku masih suka baca komik ni. Komik yang dipisahkan oleh beberapa bab. Macam baca novel pun ada. Mungkin nak elakkan pembaca bosan dan dalam masa yang sama, dapat kekalkan momentum jalan cerita yang panjang.

Post a Comment

6 Comments

  1. suka dengan komik diorang yang misi 8A tu. zaman-zaman saya nak PMR. haha

    ReplyDelete
  2. interesting! terima kasih untuk review niii, nk cuba carila

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ada masa nanti boleh spend sikit untuk baca. Hiburkan minda. 😄

      Delete