Komik Kisah Minoru Shirota Pengasas Yakult.


Antara komik pendek tapi penuh informasi. Dengan kata lain, komik ni merupakan komik autobiografi. Menceritakan kisah hidup pengasas Yakult iaitu Minoru Shirota. Kisah dari beliau kecil hingga akhir hayat beliau, dalam penemuan bakteria baik dan mewujudkan minuman susu kultur yang diberi nama Yakult.

Betul lah kata orang. Setiap kejayaan bermula dengan kegagalan, setiap kesenangan bermula dengan kepayahan. Minoru Shirota membesar dalam waktu peperangan. Kalau pernah tengok drama Oshin, mesti akan tahu keadaan tu macam mana. Lagi-lagi zaman dulu kalau ada penyakit, payah nak jumpa ubat.


Terciptanya strain Shirota ni kesnya kat kampung Minoru Shirota banyak kematian kanak-kanak disebabkan kuman disentri (infeksi bakteria atau parasit). Minoru Shirota ni pun dengan gigih biakkan satu bakteria baik iaitu Lactobacillus untuk lawan bakteria jahat dalam usus. Bila dah berjaya, Minoru Shirota wujudkan minuman susu kultur, Yakult untuk bantu orang ramai atasi masalah penyakit ni.

Sampai lah sekarang. Katanya dalam usus manusia, jumlah bakteria lebih banyak dari bintang di langit. Yakult berperanan untuk bantu tingkatkan jumlah bakteria baik dan kurangkan jumlah bakteria jahat dalam badan. Dalam masa sama dapat jadikan usus kita lebih sihat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pernah gagal, tak tau bila nak berjaya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjaya tu subjektif. Mungkin dah berjaya tanpa kita sedar.

      Delete
  2. terbaik lah. dibuat bibliografi dlm bentuk komik tentu lebih menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi menarik dan mudah nak selami kisah hidupnya.

      Delete