Komik Wira Kera #2 bersama free gift dah sampai!


Alhamdulillah. Rezeki. Tak lama menunggu lepas order. Bungkusan dari Ninja Van sampai rumah. Rupa-rupanya, komik Wira Kera #2 yang aku order dari Bookcafe hari tu dah sampai.

Dalam set ni, diberi sekali dengan poster dan poskad raya Komik-M. Paling beruntung, siap ada autograf pelukis sekali dalam komik ni. Limited edition katanya.


Aku baru habis baca Wira Kera #1. Boleh tahan ceritanya. Tapi aku paling suka lukisan komik ni. Lukisan tangan yang cukup kemas dan cantik. Boleh katakan dah level manga (komik Jepun).


Ada masa nanti, boleh baca. Sekarang simpan dulu kat rak buku. Sekarang pun ada beberapa buku yang aku order sempena kempen Semarak Membaca 2022. Beli siap-siap waktu ada promo ni. Baca ke tak, lain kira. 🤭

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik.. zaman sekarang ramai pelukis ni pandai buat komik ala majalah manga..
    aini suka tengok lukisan anime sejak zaman remaja lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ramai kartunis yang refer manga. Mungkin selera pembaca sekarang lebih kepada style manga.

      Delete
  2. Suka ayat last tu.. Beli siap-siap.. Baca ke tak lain kira.. Sama dengan perangai saya.. Yang penting buku dah ada dekat tangan.. Saya baca buku 1st dia.. nak kena beli juga yang second nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kedua ni lagi best. Saya suka dengan jalan cerita yang smooth macam ni.

      Delete