Makan Sambal Daging Dendeng Sumatraa kali kedua.


Aku pernah makan dendeng jenama Sumatraa ni 2 tahun lepas. Sedap sangat. Itu lah pertama kali aku merasa dendeng. Terus jatuh cinta. Macam cinta pandang pertama gitu.


Hari tu aku pun dah makan dendeng nyet dari Khairulaming. Tapi tekak aku tak boleh nak terima secara overall rasa dendeng tu. Rasanya lebih kepada serunding. Dan aku memang kurang makan serunding. Tapi nak buat macam mana. Cita rasa setiap orang tak sama. πŸ˜…


Jadi, aku pun beli lah sambal dendeng dari Sumatraa ni. Nama macam seakan tempat kat Indonesia. Tapi bukan. Dendeng ni 100% buatan Malaysia. Aku beli kat Shopee. Dapat harga RM9.81 sepaket. Beli sebab aku yakin yang dendeng ni sedap dan kena dengan cita rasa aku.

Sepaket dendeng ni tak banyak pun. Hanya 100 gram je beratnya. Tapi kira berbaloi lah sebab harga pun tak lebih RM10. Boleh makan dengan 2 hingga 3 orang.


Paling best, dagingnya tak diracik halus macam dendeng nyet. Daging dendeng Sumatraa ni dimasak dalam bentuk hirisan atau slice. Dagingnya lembut tau. Guna sudu atau garfu pun dah boleh potong daging tu. Bukan liat sampai payah nak gigit.

Pedasnya pun just nice. Dagingnya tak kering. Kalau gigit, terasa juicy daging tu. Ditambah pulak dengan sambalnya yang tak dedekut. Makan dengan nasi putih memang menyengat!

Post a Comment

18 Comments

  1. nieyl x pernah lagi try dendeng yang segera ni...yang KA pun hari tu nak beli x dpt hahaha...

    ReplyDelete
  2. wah macam sedap je... boleh try ni

    ReplyDelete
  3. best ni
    boleh bawa g travel
    bila ada byk pilihan
    kita pun rs sng hati
    tak laa bw benda samaaaa je
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Betul tu. Senang nak makan kalau terlajak tidur.

      Delete
  5. Nak dekat2 puasa ni… mesti laku keras sambal ready-to-eat begini. Boleh try nanti 😊

    ReplyDelete
  6. Suka juga jenis dendeng berkeping dan tak hancur. Yang penting pedasnya cukup dan tak terlalu kering. Baru bertambah makan. Kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Jadi saya recommend dendeng Sumatraa ni. Bagi saya, memang sedap.

      Delete
  7. Haha nampak telur asin sampai sebiji makan.

    ReplyDelete