Pokok kemunting sudah berbunga!


Memang excited aku bila tengok pokok kemunting aku dah berbunga. Punya lah lama menunggu. Aku ingatkan pokok ni takkan berbuah. Hari-hari aku duk siram pokok ni. Sekali-sekala mengeluh jugak memikirkan apa silapnya. Merajuk ke pokok ni? Tapi satu hari tu, waktu nak siram pokok ni, aku nampak ada sekuntum bunga kat celahan daun.

Mungkin ramai yang masih belum tahu kewujudan kemunting. Aku antara orang yang cukup bertuah sebab dapat membesar dengan pokok-pokok yang jarang jumpa zaman sekarang ni.

Tunggu masa untuk berbunga.

Aku beli anak pokok kemunting kat Shopee. Mula jaga pada 5 Ogos 2023 bersamaan 6 bulan lepas. Waktu tu daun tak banyak lagi. Ada beberapa helai je. Sekarang mungkin dah lebih 100 helai daun. Kedua-dua gambar atas tu aku ambil pada 3 Februari. Gambar bawah ni aku ambil pada 5 Februari waktu bunga kedua munculkan diri.

Buah kemunting banyak khasiatnya. Antaranya buahnya boleh atasi masalah penghadaman dan jugak cirit-birit. Daunnya pulak boleh direbus dan diminum untuk sembuhkan demam panas dan nyah toksin dalam badan.

Bunga kedua mekar.

Pokok kemunting jarang nak jumpa sekarang ni. Kawasan tempat aku tinggal memang takde. Dulu waktu kecik-kecik, tiap kali main kat padang, singgah tepi semak sebab banyak pokok kemunting yang berbuah. Buahnya manis. Sedap. Orang kata kemunting ni buah beri versi Malaysia.

Mungkin pokok kemunting aku ni dah matang. Mula perlahan-lahan hasilkan bunga, seterusnya buah. Harapnya berbuah lebat lah pokok ni. Teringin nak makan lagi buah kemunting yang fresh dari pokok.

Post a Comment

9 Comments

  1. Ohh itu bunga nya. Lama tak makan buah kemunting. Sedap manis masam2 sikit. Isi macam sponge nipis.

    ReplyDelete
  2. cantik bunga pokok kemunting ni , apa kebaiikkan buah kemunting ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak. Cuma saya tulis apa yang saya tahu saja. 😁

      Delete
  3. wahhh
    nnt bertambah berseri laa halaman rumah
    time raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Nanti sakan lah bergambar kat laman rumah.

      Delete
  4. macam mana rupa buah kemunting tu ye nanti tunjuk yr bila dh berbuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Harap buahnya tak luruh lah sebelum membesar.

      Delete
  5. Terima kasih share. First time tahu dan tengok pokok kemunting. Duduk kampung dulu tak pernah jumpa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Pokoknya jarang jumpa dah sekarang ni. Buahnya sedap. 😄

      Delete