Pengalaman beli buku di Popular Online.


Aku tak ingat dah ni kali ke berapa aku beli buku online kat website Popular: Popular Online. Tak silap aku mungkin dah kali ke-3. Kali ni aku beli komik terbitan Gempakstarz. Tapi kenapa beli kat Popular? Website Gempakstarz kan ada? Shopee dan Lazada pun ada.

Sebabnya waktu tu, Popular buat promosi. Sempena Tahun Baru Cina. Beli 2 buah komik English terbitan Gempakstarz, dapat sampul angpau percuma. Kenapa pulak komik English? Bukan komik Bahasa Cina? Entah.


Bestnya order online kat Popular ni, ada 2 pilihan penghantaran. Pilhan pertama, diorang pos terus ke rumah kita macam kebanyakan penjual online. Pilihan ke-2, kita boleh pick up kat cawangan Popular berdekatan. Aku pernah guna kedua-dua pilihan ni.


Kali ni, aku pilih cara pertama. Diorang pos ke rumah. Tapi aku mintak diorang bungkus dalam bubble wrap dan kotak. Sebab sebelum ni, diorang bungkus hanya dalam bubble wrap. Sampai-sampai, buku aku rosak teruk. Rosak masa delivery.

Sebab nak dapatkan sampul angpau percuma yang comel tu, aku gigih cari komik English apa yang belum aku beli lagi. Cari punya cari, jumpa lah komik Your Name. Sebelum ni aku pernah beli komik ni tapi dalam Bahasa Melayu.


Alhamdulillah. Order terbaru ni buku aku elok takde rosak. Diorang bungkus macam yang aku request. Aku beli 2 buah komik je. Sebab aku plan kalau ada masa, nak pergi sendiri ke cawangan Popular untuk borong buku. ๐Ÿ˜

Sampul angpau ni memang cun. Tak dijual. Sebab tu aku nak sangat dapatkan sampul angpau ni. Payah nak dapat. Nak kumpul buat koleksi.


Aku memang setuju bila Popular Online buat promo macam ni. Salah satu sebabnya dapat tarik perhatian pembeli untuk beli buku melalui website diorang. Setakat ni, Popular ada 3 platform jual beli: kedai fizikal, website dan Shopee. Setiap platform perlu ada kelebihan tertentu. Baru lah pembeli akan guna ketiga-tiga platform ni.

Post a Comment

8 Comments

  1. Suka baca komik rupanya ye.... Bagus² ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. haah betul tu setiap platform kena ada kelebihan masing-masing baru lah pembeli akan tertarik kann hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tapi tak semua company yang ambil cakna.

      Delete
  3. Anak suka baca novel. Hari tu ada beli beberapa Novel jugak. Kalau popular ni datang kedai sure cari alatulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai alat tulis banyak yang ada. Tapi bukunya tak banyak yang menarik. ๐Ÿ˜…

      Delete
  4. part dapat angpao tu yg best
    heehehe

    ReplyDelete