Nak beli Dendeng Nyet Berapi Khairulaming pun payah.


Bila sebut Khairulaming, kalau bukan 'hey wasap gais', mesti ramai akan ingat Sambal Nyet Berapi dia tu kan? Kali ni, katanya setelah setahun ambil masa untuk buat R&D, maka terhasil lah satu lagi produk jualan dia iaitu Dendeng Nyet Berapi.


Jam 9 malam tadi bermula lah pertarungan dan perebutan paling sengit (kononnya) antara pembeli kat TikTok untuk dapatkan dendeng nyet ni. Aku pun tak terkecuali berebut macam orang gila sebab line phone slow dan ditambah lagi dengan sistem TikTok yang tetiba tang tu jugak nak problem!


Aku tak sempat beli masa live tu. Ramai yang chat dalam live tu kata sistem error. Betul. Memang sistem error. Mungkin server overload. Dalam hati aku, dah tahu ramai yang akan beli, kenapa lah geng-geng TikTok tu tak buat countermeasure siap-siap? Dah macam nak semak keputusan SPP pulak yang sistem problem tetiba.


Tapi tanpa putus asa, aku tetap stay kat ruangan stok dendeng nyet tu dengan harapan stok akan muncul tiba-tiba. Sebab aku yakin yang akan ada stok masuk semula. Bukan restock tapi stok yang terjual tadi akan rebound ke dalam sistem bila ada pembeli amatur yang cancel order.


Tunggu punya tunggu sampai tak sempat pun nak layan filem Uncharted kat TV2, lebih kurang pukul 10.30, berjaya jugak aku beli Dendeng Nyet Berapi ni. Punya lah gigih buat akaun TikTok semata-mata nak beli dendeng nyet ni.


Beli sebab nak try dan murah kes aku dapat voucher yang jadikan harga dari RM14.99 turun kepada RM6.00 saja. Kalau takde diskaun, memang tak lah aku beli. Aku bukan kempunan sangat macam kisah Batu Belah Batu Bertangkup. Sayang duit woi!

Jadi lepas buat payment, sambung lah aku layan Uncharted. Rugi pulak kalau tak tengok. Harus mahal RTM bayar untuk tayang filem yang aku kategorikan sebagai filem baru ni. Dendeng nyet tu, nanti selamat sampai, aku buat review jujur ye.

Post a Comment

14 Comments

  1. Wah.. Berjaya ye. Tahniah. Sis trtinggal ketapi.

    ReplyDelete
  2. Saya dapat beli. Cuma lupa claim coupon sebab takde strategi dalam pergelutan malam tadi. Bola Katok dapat beli dengan harga RM6 je. Jelesss ni😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akaun baru. Tu pun sebab nak beli dendeng ni je.

      Delete
  3. Tahniah berjaya!
    Banyaknya diskaun, syok shopping.

    Saya nak beli, tapi takde acc TikTok dan takmo buat acc 😁

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah BK, 1st time kak ana singgah sini.follow BK 132 . menarik perkongsiannya. amboi sempat tu battle beli semalam eh, nanti review naa, sedap ke idak hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih sudi follow. Nanti saya follow back.

      Dah review. Boleh tengok kat entri baru.

      Delete
  5. Alamak ..dalam masa 3minit sold out 80,000 . Kita yg tgk ni rasa seram sejuk jgk . CCL tak sempat candat .. Sistem asyik error .. Aduhh terciduk laa kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sistem error. Entah kenapa selected users je yang alami.

      Delete
  6. Uyoo rajin gila berperang membeli ya...
    Cuya duduk diam je kat rumah,malas r nak battle. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti akan restock tu. Tak perlu nak berebut dah.

      Delete