Mini mufin yang kian pupus.


Jarang aku jumpa mini mufin kat kedai atau pasar raya sekarang ni. Selalunya roti dan kek buah (kek pisang) je lah yang memenuhi ruang bakeri kedai. Tak best ke mini mufin?

Masa aku kecik, mini mufin ni antara favourite aku. Bila makan tu, sehabis slow dan makan secoit-secoit sebab tak nak cepat habis.


Masa sekolah rendah, kakak aku pernah bawak balik seketul mini mufin ni dari jamuan akhir tahun. Katanya cikgu dia yang bagi. Jeles lah jugak aku waktu tu sebab mufin ni bukan selalu boleh jumpa.

Orang kata, mufin sama je macam baulu. Orang Barat panggil mufin, orang kita ada makanan sendiri iaitu baulu. Bentuk dan cara penyediaan je yang sedikit lain.


Belum pernah aku makan mini mufin yang ada topping atau inti kat dalam. Semua kosong macam tu. Takde ke penjual yang nak buat variasi mufin ni supaya dapat seiring dengan arus pemodenan? Masih adakah lagi yang makan mini mufin ni? Atau mini mufin ni bakal pupus tak lama lagi dek lambakan roti yang pelbagai rasa kat pasaran?

Post a Comment

16 Comments

  1. Mungkin sekarang dah tak panggil mufin lagi
    panggil kek aje

    ReplyDelete
  2. maybe musim dia dah habis? suka kalau yang lembut, masuk mulut tak payah kunyah beria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tahu mufin ni ada musim. Mungkin belum viral lagi?

      Delete
  3. Sedap ni...betul, lama dah x jumpa mini muffin ni

    ReplyDelete
  4. Comel je kan. Suka makan tapi saya malas buat kecik2 ni, renyah hehe.

    ReplyDelete
  5. Saya panggil cupcake tapi tanpa icing di atas. Sedap. Pernah makan masa kecik2 dulu sebab nenek suka buat.

    ReplyDelete
  6. masa ammi kecik nak beli muffin tak mampu. kalau mak buat kek kampung wahhhh siap request masuk dalam acuan kecik2. Masalahnya acuan kecik tu plastik...dah tak pasal2 jadi kek kukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Dulu wang saku tak banyak nak beli mufin ni. 😅

      Delete
  7. org nampak apam polkadot je laa ni... sbb mcm mini muffin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat. Apam polkadot pernah trending tak lama dulu.

      Delete