Kad Digimon yang GSC bagi.


Hujung tahun lepas, aku ada pergi tengok filem Digimon kat pawagam GSC IOI Putrajaya. Dalam entri lepas aku ada cerita pengalaman aku. Masa kemas bilik, aku teringat yang GSC pernah bagi aku free gift sempena filem Digimon ni. Hampir lupa aku pasal ni.


Aku dapat kad Digimon. Eksklusif untuk penonton filem ni. Ada kisah lucu pasal ni. Masa kat kaunter check-in nak masuk dewan pawagam tu, ada sorang staff yang jaga. Lepas aku scan QR code tiket, dia bagi 3 keping kad Digimon (sebab beli 3 tiket, tengok dengan famili).

Semua gambar kad tu sama. Aku tanya lah dia: kad design lain takde ke? Sebab setahu aku, sebelum aku pergi pawagam, aku tengok dalam FB GSC, ada 3 design kad. Tapi staff tu kata takde. Tu je yang ada.


Aku redha je lah. Mungkin stok dah habis. Aku cari dalam Shopee kot-kot ada jual kad Digimon ni. Dan nasib baiknya, ada! Aku beli lah satu set kad tu. Owner dari Thailand yang jual.


Masa sampai, aku pelik. Seller ni bagi satu kad je ke? Dah lah kad yang sama macam GSC bagi. Aku order 3 kad tapi dapat 1 je. Ke aku kena scam?


Bila aku perhatikan betul-betul plastik kad tu, aku terperasan ada beberapa keping kad lain. Rupa-rupanya dalam plastik tu dah ada 3 keping kad! Aku pun tengok lah kad yang GSC bagi. Memang ada 3 keping kad dalam plastik tu.


Tak tahu lah aku nak sedih ke happy. Punya lah sanggup order kat Shopee. Padahal semua kad dah dapat. Tapi aku tak bukak pun plastik kad ni. Nak simpan buat kenangan. 😄

Post a Comment

19 Comments

  1. aduhaii , dah terbeli tu emm simpan jer la. kesimpulannya lepas ni kalau dapat kena check betul-betul . hehe

    ReplyDelete
  2. lain kali bukak dlu kesemuanya :D

    ReplyDelete
  3. aduhai nak kena check betul-betul dulu lah ye T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nasib baik perasan. Kalau tak, tak pasal-pasal beli yang lain pulak. 😆

      Delete
  4. laaa.. sudahnya dah ada 4 set kad ye haha

    ReplyDelete
  5. aiseh, tak memasal. tak tau la nak kesian ke nak gelak. hihi

    ReplyDelete
  6. aisehhhh
    tak tahu laa nak kata apa...
    sy rs peminat kumpul kad ni
    mesti akan lalui situasi seperti ni...

    ReplyDelete
  7. Bukan peminat tapi kalau peminat Digimon mesti kumpul ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi-lagi dapat sempena filem yang ditayang kat pawagam.

      Delete
  8. Alahaiii..benda macam ni kadang berlaku. Takpelah, kira ada extra lah gitu.

    ReplyDelete