Peria katak meletup.


Baru je tadi aku nampak kejadian jenayah tumbuhan. Letupan buah peria katak yang memercikkan semua bijinya ke serata tempat.

Awal bulan ni aku ada buat entri pasal aku tanam pokok peria katak kat laman rumah. Buahnya kecik elok je waktu tu.


Semalam masa aku jengah, buahya kuning. Aku terlambat petik. Aku biarkan kat situ sebab dah tak boleh buat apa dah. Tapi tak sangka pulak buah peria tu boleh meletup.

Imej buah peria katak sebelum meletup.

Tinggal 2 ketul ni je.

Habis hilang biji peria entah ke mana. Yang tinggal hanya 2 ketul je yang sempat aku selamatkan. Tu pun semut dah hurung. Biji lain aku tak tahu lokasinya. Burung ke yang ambil makan? Atau semut yang angkut masuk sarang?

Buah peria ni kalau masukkan dalam peti sejuk, elok je tak meletup. Paling tinggi pun warnanya bertukar kehitaman. Mungkin suhu panas yang buatkan peria katak kat luar meletup?

Post a Comment

18 Comments

  1. Memang itulah cara semulajadi ia menyebarkan biji benih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak. Harap biji-biji yang tak jumpa tu tumbuh elok lah jadi pokok.

      Delete
  2. Nanti ada la anak peria katak tumbuh tang mana-mana tu.

    ReplyDelete
  3. Itu cara utk pokok peria mencambahkan biji benihnya BK...

    ReplyDelete
  4. esok lusa silap2 bercambah pokok peria baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap macam tu lah. Tapi sekarang tengah musim panas. Tanah kering-kontang. Tak tahu lah berjaya tumbuh ke tak.

      Delete
  5. Dulu pokok peria katak pernah ada kerana tumbuh sendiri. Comel-comel jer buahnya.

    Saya follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung dapat pokok free.

      Terima kasih sudi follow. 😀

      Delete
  6. ohh boleh meletup.. ingatkan kena makan dengan burung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya ingatkan macam tu jugak. Tapi pernah terbaca komen rakan blogger pasal letupan peria ni.

      Delete
  7. Oh gini cara peria ni sebar biji benih dia....Ni cerita pokok betik kat rumah saya. Saya tak tanam betik pun tapi ada sepohon pokok betik tiba2 tumbuh kat rumah saya. Bila tengok kiri kanan ada jiran sebenarnya tanam pokok betik. Mungkin ada burung makan betik tu dan melepas pulak kat rumah saya.....akhirnya tumbuh pokok betik kat rumah saya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki salah alamat ke tu? 😅

      Tapi bagus lah. Boleh makan jugak tak perlu minta dengan jiran.

      Delete
  8. bergegar tak ms meletup tu?
    🤣🤣📏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bergegar memang tak berani lah nak tanam dah peria ni. 😂

      Delete
  9. macam bunga keembong kan..meletup untuk pembiakan. teringat zaman belajar sains. moga ada rezeki lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu cikgu Sains memang akan ceritakan pasal pokok keembung yang meletup-letup. Peria tak pernah diceritakan. 😓

      Delete