Singgah 7e kejap. Niatnya nak beli air ubi taro warna purple tu. Tapi staff kata habis stok. Ramai peminat order katanya. Maklum lah. Singgit je. Melepas nak cuba rasa air tu. 😌
Aku pun melilau lah dalam kedai tu. Ada sos pasta dalam botol kaca. Jenis bolognese. Murah pulak tu. RM5 sebotol. Macam nak cuba rasa sos ni macam mana. Aku pun beli.
Balik rumah, apa lagi, masak lah. Eh ... sebelum balik, aku singgah Ecoshop kejap. Beli spageti kering sepaket. Malas nak beli yang mahal sebab rasanya lebih kurang je. Jimat pun jimat.
Aku masak macam biasa. Spageti kering tu aku rebus sampai lembut. Sos pasta pulak aku tumis bawang putih dan ayam cincang dulu. Lepas tu tambah 3 sudu sos pasta 7e dan sebiji tomato yang aku blend. Kalau ada tomato puree lagi bagus. Dah siap, tabur sikit chilli flakes dan mixed herbs.
Gurau je. Rasa sos pasta 7e ni sedap. Pekat sosnya. Tak perlu alter pun. Tak perlu tambah garam atau serbuk perasa kalau masak sikit. Sos 7e ni jenis ready-to-eat. Kalau malas tumis, panaskan je dalam microwave.



18 Comments
Wahhh boleh beli ni kat 7E. Nanti nak cari la.
ReplyDeleteSila-sila.
DeleteMurah sos spageti. Eh macam-macam barang 7E jual.
ReplyDeleteBanyak. Boleh usha. Ada berbaloi, ada tak. Kalau roti-roti, saya beli. Sebab harga tetap macam kedai lain.
DeleteTenguk pun dah tau mesti sedap. Nak kena cari ni
ReplyDeleteSila-sila.
Deletepernah beli dan cuba masak.
ReplyDeletekitakan, sejenis okey je. tak reti la sedap ke tak, masam sangat ke, masin sangat ke, hahaaa~
jika tak rajin ke pasaraya, shopping di 7E saja, lagipun 7E ada mesen atm sekali.
Senang lah macam tu kan. So far kat sini tak banyak pun mesin tu dalam 7e. Sebab sini banyak pam minyak. 😂
DeleteMenarik dan murah, boleh try nanti.
ReplyDeleteSila-sila.
Deletesy baru nampak sos ni kat rak 7E smlm😁ms tu baru tahu 7E punya produk dah makin bertambah
ReplyDeleteBetul. Macam kopi dan roti. Atas jenama diorang sendiri.
DeleteAkak percaya, mesti sedap, sebab BK yang masak. 😊👍
ReplyDeleteMurah sos pasta, boleh la belek-belek rak 7-E nanti, nak tengok. Tapi hari tu, akak pi, tak perasan pulak. Sebab tengok mainan lagi menarik la, BK.
Mainan standard diorang agak keras harganya. Mampu tengok dan telan air liur je. 😌
DeleteSha tak terbeli lagi sos jenama 7E ini.. Asyiklah lupa.. kikiki..
ReplyDeleteAda banyak. Tengok tarikh expired, macam diorang nak clear stock.
Deletewoww tak sangka 7E ada keluarkan sos pasta camni. murah betul rm5 je! kalau jumpa nk belilah
ReplyDeleteKena serbu lah nanti. 🤣
Delete