Kali ni ZUS bagi Hipper.


Promo Work In Progress dah sampai ke hujung. Start hari Isnin lepas kalau beli air min RM11.20, dapat Hipper seketul. Hipper ni aksesori comel yang boleh letak atas phone atau PC sebagai hiasan.


Pagi tu aku singgah ZUS. Beli air 3 ketul. Kes nak dapat 3 ketul Hipper yang aku berkenan: Pinky Boo, Zen Cha dan Mama Puff. Staff situ terkejut bila aku kata nak minum semua 3 ketul air tu kat situ. 😂

Aku order air yang aku tak pernah minum: Thai Green Chai Mai, Iced Spanish Latté dan Iced Shaken Double Espresso. Antara 3 ketul air ni, aku paling suka air Thai Green Chai Mai.


Rasa air Thai ni lain macam sikit. Mungkin dalam tu ada rempah Thai. Lagi satu, kat bawah tu ada lapisan green tea. Aku add on boba dan brownie hancur. Jadi sedap lah sikit. Tak rasa kosong sangat.

Thai Green Chai Mai.

Air kedua aku minum, Iced Spanish Latté. Aku order versi santan, bukan susu biasa. Rasa pelik. Macam hanyir pun ada. Mungkin rasa santan tu pesen gitu kot.

Iced Spanish Latté.

Sebabkan aku dah minum 2 ketul air sampai licin, bila masuk air ketiga, rasa macam muak pulak. Rasa lepas ni kena register tumbler. Nanti senang kalau tak habis. Boleh mintak masuk tumbler siap-siap. 🤤

Iced Shaken Double Espresso.

Terima kasih kat zurista yang gigih pilih Hipper yang aku nak. Total yang ZUS buat, ada 8 ketul. Tapi aku tak kumpul semua pun. Makan modal. Aku kumpul apa yang aku nak je. 😅

Post a Comment

5 Comments

  1. Iced shaken double Expresso tak pernah try lagi...
    Konon² nak beli, tapi dekat Selayang dah OOS.. kita yang lambat, atau orang lain cepat sangat..hihihi

    ReplyDelete
  2. Perghhh, sekali tiga ketul dia rembat kat situ jugak!

    ReplyDelete
  3. memang betul2 dah habis ke zus hipper ni.. patutla semua outlet out of stock. saya baru ada satu je aaa nak nangisla

    ReplyDelete
  4. perghhh sekali pekena 3 jenis air. Tak kembong air ke BK

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa minum time panas panas hehheheh

    ReplyDelete