Berjaya jugak aku claim air kotak baru ni kat 7e. Tak lama dulu 7e bagi 2 ketul voucher dalam app untuk claim air kotak Dutch Lady x Tealive free.
Tapi waktu tu aku takde lah beriya pergi 7e semata-mata nak air kotak free ni. Dalam Shopee ada je jual. Tak mahal pun.
Cuma kebetulan singgah 7e ni. Aku tengok ada air kotak ni dalam peti sejuk. Aku check voucher dalam app 7e. Ada lagi. Maka, aku pun guna voucher tu untuk claim air kotak free.
Air kotak perisa Milk Tea ni lebih kurang rasa macam air kat Tealive. Sedap tapi manis sikit. Nak kurangkan manis, aku taruk air batu.







22 Comments
for me, dutch lady rite now sungguh manisnyaaa.
ReplyDeleteke sebab kita menua ea? hahaa~
boleh coba nanti, letak ais pasti sedap.
Mungkin jugak. Bila dah menua, semua benda rasa terlebih manis. 😓
Deletedah lama tak beli air dutch lady. banyak rupanya produk baru mereka.
ReplyDeletePromo kali ni boleh tahan besar jugak diorang buat.
DeleteDekat sini tak sempat nak tebus, voucher dah habis.. hampeh je..
ReplyDeleteSha pula suka yang versi matcha tu sebab rasa matcha dia tak kuat..
Maksudnya lebih prefer rasa susu lebih lah? Saya pulak kalau rasa matcha kuat, lagi sedap.
DeleteWah sedap ni, tapi kenapa tak nampak di Mydin sini
ReplyDeleteTak pasti. Hari tu saya masuk Mydin pun tak nampak versi Tealive ni.
DeleteUntung dapat tebus percuma di 7E! Idea letak ais batu untuk kurangkan manis Milk Tea tu memang bijak dan sangat membantu.
ReplyDeleteBetul. Kena taruk ais. Kalau nak terus minum gitu, manisnya bukan kepalang. 😭
DeleteNampak jugak kat app. Berfikir2 nak redeem ke tak. Takut tak terminum.
ReplyDeleteSikit je ni. Sekali teguk dah licin. 😂
Deleteohh yg milktea tu sedap juga ek nantilah nak try
ReplyDeleteSaya suka yang Milk Tea.
Deletebole cari nanti yg tealive tu nanti kat 7e
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteTq bagi review. Hari tu dah jumpa dekat Tealive tapi tak beli.
ReplyDeleteSama-sama. 😁
Deleteweekend ni nak pergilah cari sementara anak semua ada dirumah. Kat rumah ni ada peminat tealive...manalah tau dia suka gabungan DL & TL ni
ReplyDeleteBoleh cuba. Kalau dah suka, boleh beli lagi.
DeleteWah flavour baru. Kuat ya branding tealive sampai kan Dutch lady pun buat flavour macam tealive
ReplyDeleteMarketing diorang makin bagus.
Delete