Kisahnya tadi aku singgah kedai Kopi Saigon kat kawasan rumah aku. Tujuannya satu je, nak collect sticker petak. Sebab baru minggu lepas Kopi Saigon launch sticker baru.
Ni first time aku minum air kat kedai Kopi Saigon ni. Nak dapat sticker, kena order 2 ketul air Bestie. Air Bestie ni air strawberi matcha dan taro coklat.
Aku minum situ je. Malas tapau. Sebab nanti nak singgah tempat lain pulak. Air strawberi matcha ni bagi aku, kena dengan tekak aku. Tak rasa rumput pun. Bila campur strawberi, rasa masam manis. Sedap pulak.
Air taro coklat lebih kurang macam air ube yang ZUS pernah jual. Rasa taro ni sangat creamy. Bila sebatikan dengan coklat kat dasar cup tu, lagi sedap.
Berbaloi lah dengan harga tu.
Barista sini sangat baik. Tak lekang dengan senyuman. Dia siap bagi aku air free seketul. Air signature diorang yakni air Kopi Saigon. Katanya kalau minum air ni, memang nak minum lagi.
Lepas minum, memang aku setuju. Rasa air kopi ni sedap. Pekat. Rasa kopi tu seakan kombinasi kopi hitam dan Nescafé. Patut lah dia nak sangat aku cuba rasa. 😅
Selain tu, aku dapat jugak sticker lama. Kes aku inform diorang yang aku suka kumpul sticker petak. Barista tu pun cari lah sticker lama. Jumpa seketul.
Sticker ni katanya sempena promo Choco Cloud Series beberapa bulan lepas. Lawa. Bertema macam sticker ZUS.
Katanya jugak, ada lagi sticker lain. Promo YoGood Series. Tahun lepas. Diorang buat sempena air perisa yoghurt. Tapi sticker YoGood ni takde stok. 😢
Sakit perut hampir tercirit
Kesian aku. Lepas aku keluar kedai kopi ni, aku singgah 7e. Nak cari roti matcha baru. Alhamdulillah jumpa. Aku beli 2 ketul.
Masa duk usha barang lain, perut aku tetiba senak. Rasa macam berangin pelik. Menandakan yang perut aku meragam. Selalunya kalau gini, memang jamban lah ubatnya. 😂
Sampai rumah, terus masuk jamban. Memang aku cirit-birit. Tapi tak muntah. Bukan keracunan makanan. Kalau tak, combo sekali dengan muntah. Ni aku tak muntah pun.
Aku yakin ni mesti sebab aku minum 3 cup air tadi sekaligus. Punya lah excited dapat minum air kat Kopi Saigon. Sampai cirit-birit jadinya. 🤣







24 Comments
Siap habiskan 3 air itu ke? Banyak itu.
ReplyDeleteItu lah sebab sakit perut. 😂
Deletepower ni boleh habiskan 3 cup air sekaligus. tapi mendapatlah sakit perut tu haha. apapun matcha strawberry dia nampak menarik lah!
ReplyDeleteKes malas nak tapau. 😆
Deletehahaha memang cirit lah, terkejut perut minum macam-macam jenis air.
ReplyDeleteKann. Pelbagai perisa ada dalam perut.
Deletebergodak 3 jenis air tu dalam perut.. tapi hebat la BK boleh minum sekaligus gitu...linda nak perabih 1 pun makan masa.. hahaha
ReplyDeleteSebab dah order. Sayang pulak kalau tak habiskan.
DeleteAgaknya 3 squad berperang dalam Perut tu yang cirit kut
ReplyDeleteConfirm. 😭
DeleteKena baik dengan staff baru boleh claim sticker lama yang tak habis juga info yg baru
ReplyDeleteAlhamdulillah. So far staff baik-baik belaka.
DeleteSetuju la matcha dia sedap. Pastu kopi dia husband suka..
ReplyDeleteKann. Rasa dan aroma kopi tu yang unik.
DeleteTu diaaa... sampai 3 gelas minum... bergaduh lah depa dalam perut.
ReplyDeleteSerik dah. 🤣
DeleteUishh sekali habis minum 3 cup tu, mana tidaknya. Atau minum kopi masa perut kosong. Ramai juga peminat Kopi Saigon ni.
ReplyDeleteSaya minum air buah awal-awal. Last baru minum kopi. Rasa sebab perut terkejut sebab banyak perisa masuk sekaligus. 😄
Deleteperut tu pun mengamuk "woi bro...ko pilihlah nak strawberi ke nak taroooo, ni semua ko bedal". ahhaha
ReplyDeleteAlamak. 🤭
DeleteAdoilah.. Bahaya betul BK ini.. Sampai meragam perut ha..
ReplyDeleteTapikan kopi saigon memang sedap pun..
Serih dah minum gini. Sini kedainya dekat je. Hari-hari boleh minum. 😏
DeleteComel betul sticker Kopi Saigon tu!
ReplyDeleteBetul. Peminat sticker gini suka lah.
Delete