Ayam goreng Korea guna Soy Garlic Sauce dari Mamee.


Selain sos cili manis, Mamee ada hasilkan produk lain iaitu Korean Fried Chicken Soy Garlic Sauce atau dengan kata lain, sos soya bawang putih. Fungsinya masih sama dengan sos cili tu iaitu untuk salut ayam goreng celup tepung bagi menghasilkan ayam goreng Korea.


Sos soya bawang putih ni rasa tak sama dengan sos cili. Sebab yang ni ada rasa kicap dan likat dengan tak silap aku, madu. Bila salut ayam goreng, terasa lekitan madu kat jari-jemari. Nasib baik pakai sarung tangan.


Bagi aku, dah tentu lah aku prefer sos cili berbanding sos kicap ni. Sebab? Walaupun sos kicap ni masih sedap, tapi tak rasa pedas macam sos cili. Untuk kanak-kanak atau orang yang tak suka pedas tapi nak makan ayam goreng Korea, sos ni sangat sesuai kalau nak guna.

Dijual dalam paket sebagai pengenalan?


Setakat ni, belum ada versi botol. Semua dalam bentuk pek kecil macam ni. Aku saspek Mamee saja nak buat pek macam ni sebagai produk pengenalan. Untuk eksperimen gitu. Bila dapat sambutan menggalakkan, mungkin diorang akan wujudkan dalam bentuk botol.

Sebagai pengguna produk ni, aku memang suka sangat dengan rasa kedua-dua sos ni. Dan sangat setuju kalau Mamee hasilkan sos dalam bentuk botol. Bila goreng ayam dalam kuantiti yang banyak, tak payah lah lepas ni susah-susah nak bukak pek ni satu-satu. Boleh tuang terus dari botol.

Post a Comment

8 Comments

  1. nampak sedap jugak yang ni. untung orang yang suka rasa garlic okeyla

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Boleh tahan. Mungkin yang ni ada peminat tersendiri.

      Delete
  3. aku takut sikit soy garlic ni sebab makan kt kyochon masin tak sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos Mamee ni boleh tahan. Rasa masin tu ada lah sikit.

      Delete
  4. Nak masak tu senang dah ready sambal. Tapi kalau tak pedas tak best pulak kan. Kena olah sambal sendiri.

    ReplyDelete