Pengalaman sertai pesta buku Big Bad Wolf 2022 di Kelantan.


Buat pertama kalinya, Big Bad Wolf diadakan kat Kelantan. Ni negeri kedua pantai Timur selepas Pahang. Kebetulan (?) pulak masa cuti sekolah dan cuti semester IPT. Confirm ramai yang datang serbu. Aku pergi dua kali. Masa hari pertama dan kali kedua, masa hari terakhir pesta buku.

Tarikh: 24 Februari 2022 - 6 Mac 2022
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Lotus's Kota Bharu

Punya lah excited, aku antara orang terawal yang datang serbu sana. Kesnya tak nak bersesak dengan orang ramai. Aku datang dalam pukul 9.50 pagi tapi tak boleh masuk lagi sebab staff tengah prepare barang.



Dalam pukul 10 lebih (lambat masuk sikit sebab staff bincang apa entah), baru dapat masuk. Banyak bahagian yang ada. Dari buku kanak-kanak sampai lah buku setebal alam. Dari yang murah sampai lah yang mahal. Paling murah tak silap harga RM1, paling mahal tak tahu lah berapa. Ratus-ratus kot.

Boleh katakan dalam masa 30 minit, ramai yang mula serbu BBW ni. Aku macam biasa lah, bila masuk BBW, akan pergi ke bahagian komik. Lagipun, aku tengok bahagian lain, macam bahagian buku RM5 dan RM8, ramai yang berkerumun. Malas nak bersesak masuk bahagian tu. Risau jugak kalau penularan wabak nanti.

Ada jugak buku yang tak dijual dalam website BBW atau online. Macam syarikat Sasbadi, Kualiti Books, Komik-M (PTS) dan ITBM. Ada ruang khas yang disediakan untuk setiap buku terbitan syarikat-syarikat ni.








Beza ke dengan kedai online BBW?


Dari aspek harga, bagi aku, tak jauh beza pun. Ada sesetengah buku, memang harga murah. Tapi majoriti harga buku lebih kurang sama dalam kedai online. Cuma yang lainnya kat pesta buku ni, ada banyak section buku dari company Malaysia. Harga pun ada yang murah dan ada tak beza pun dari kedai online diorang. Cuma kena pandai pilih.

Buku yang ada sangat banyak terutamanya bahagian RM3, RM5 dan RM8. Aku ada jumpa buku yang menarik. Tapi sangat lah payah nak cari. Kena belek satu-satu dan kalau malas nak belek buku, mata kena betul-betul fokus scan tajuk buku dari jauh.

Paling best, aku jumpa buku-buku rare yang mungkin dah tak jual kat mana-mana kedai. Contohnya buku-buku dari Komik-M. Ada komik yang aku dah lama tercari-cari. Dan setiap buku tu ada diskaun. Rugi tak beli.

Kalau bahagian buku yang harganya mahal, boleh tengok kurang sangat orang kat situ. Ye lah. Macam aku pun, bila datang pesta buku macam ni, dah tentu lah nak cari buku-buku harga diskaun kan?

Jumpa buku yang menarik


Masa pilih buku, ada beberapa buah yang berkenan di hati. Tapi aku terpaksa letak semula. Sebab tak jumpa buku sambungan. Macam novel BI, aku ada jumpa novel tebal tapi cerita bersambung. Teringin nak baca walaupun tak minat. Cari punya cari, tak jumpa pulak novel sambungan tu. Last-last letak balik kat tempat asal.

Aku ada beli beberapa buah masa pergi hari pertama dan hari last tu. Tak banyak pun beli. Takde lah sampai penuh satu troli. Nanti beli banyak-banyak, bukan baca pun. Kena jadi pengguna bijak. Ada antara buku yang aku beli sebab nak lengkapkan koleksi. Macam siri komik SS10 dan Aku, Kau & Bola dan jugak Aku, Kau & Komik. Ada jugak buku yang harga 50%. Murah dari harga asal.















Best ke tak BBW kali ni?


Kali terakhir aku pergi BBW masa kat The Mines. Kalau nak dibandingkan dengan BBW Kelantan ni, memang jauh beza. The Mines tersangat besar. Walaupun BBW Kelantan ni dibuat dalam skala yang kecik, tapi bagi aku, best je. Sebab diorang pun fokus kat penduduk sini.

Pasal lokasi, ada jugak yang complain. Katanya kecik dan tak sesuai buat kat parking lot. Mungkin betul jugak. Sebab bila masuk sana, kalau orang tak ramai, takde masalah. Tapi bila ramai, terasa sangat crowded. Terutama kat bahagian buku RM3 hingga RM8. Jarak 1 meter? Masa aku duk pilih buku, bila ada orang yang makin dekat dengan aku, aku akan pergi bahagian lain. SOP kena jaga walapun ada yang ambil mudah. Dan lepas pilih buku, aku akan sanitize tangan. Kat sana ada disediakan hand sanitizer.

Terima kasih banyak-banyak BBW sebab sudi buat kat sini. Dekat sikit dan dapat lah aku datang cari buku. Bukan senang nak buat pesta buku macam ni kat sini, lagi-lagi waktu COVID-19 ni.

Post a Comment

2 Comments