Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.


Zaman Jenis pendidikan
Sebelum zaman penjajahan (1400 – 1511)
  1. Pendidikan agama
  2. Pendidikan lain (pendidikan tidak formal)
Sewaktu zaman penjajahan (1511 – 1957)
  1. Zaman penjajahan Portugis
  2. Zaman penjajahan Belanda
  3. Zaman penjajahan British
  4. Zaman penjajahan Jepun
Selepas zaman penjajahan (1957 - sekarang)
  1. Penyata Razak
  2. Laporan Rahman Talib
  3. PPPM 2013 - 2025

Sebelum zaman penjajahan (1400 – 1511)


Sebelum merdeka, sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sebelum zaman penjajahan (1400 – 1511) dan sewaktu zaman penjajahan (1511 – 1957). Sebelum zaman penjajahan, terdapat dua jenis pendidikan iaitu pendidikan agama dan juga pendidikan lain.

  1. Pendidikan agama
Pendidikan agama terbahagi kepada 3 perubahan iaitu berpusatkan rumah guru, berpusatkan masjid, surau atau madrasah serta berpusatkan institusi agama (pondok). Bagi mereka yang tinggal si pondok, mereka belajar berdasarkan kurikulum Masjidil Haram di Mekah seperti Tauhid, al-Quran, Fiqh dan Bahasa Arab. Setelah mereka tamat pengajian, merekan akan menjadi guru di kampung masing-masing.

  1. Pendidikan lain (pendidikan tidak formal)
Sistem pendidikan lain yang dimaksudkan ialah sistem pendidikan berbentuk tidak formal. Melalui pendidikan istana, guru agama akan dijemput dari luar atau pedagang. Selain itu, murid juga diajar berdasarkan penglipur lara iaitu tukang cerita menyampaikan sesuatu cerita itu dengan tujuan dapat memberikan pengajaran seperti cerita pahlawan dan cerita dongeng.

Sewaktu zaman penjajahan (1511 – 1957)


Sewaktu zaman penjajahan, terdapat 4 jenis sistem pendidikan di Malaysia iaitu sewaktu zaman penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun. Keempat-empat penjajahan ini mempunyai sistem pendidikan yang berbeza. Secara am, tidak ada sistem pendidikan yang seragam sebelum merdeka.

  1. Zaman penjajahan Portugis
Pada zaman penjajahan Portugis, faktor yang mempengaruhi sistem pendidikan ialah bahasa dan budaya. Namun, ianya sekadar memberi impak yang terhad dalam pendidikan.

  1. Zaman penjajahan Belanda
Pada zaman penjajahan Belanda, fokus sistem pendidikan adalah ke arah Betawi iaitu di Jakarta. Namun ianya juga memberi kesan yang terhad dalam pendidikan.

  1. Zaman penjajahan British
Pada zaman penjajahan British, ianya memberi kesan yang signifikan dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sistem ini berbentuk vernakular yang dilaksanakan berdasarkan kepentingan kaum tertentu. Di sini lah bermulanya perkembangan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil serta pendidikan keagamaan. Namun, kekurangannya sistem ini ialah ianya tidak menekankan penyatupaduan bangsa atau kaum disebabkan aliran pendidikan yang berbeza. Setiap kumpulan etnik mempunyai sekolah tersendiri. Seandainya kaum Melayu atau Cina ingin ke sekolah bersama-sama, mereka hanya boleh menyertai sekolah Inggeris. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan  kurikulum yang berbeza. Sekolah juga dibina di kawasan tertentu seperti ladang, bandar dan juga kampung.

  1. Zaman penjajahan Jepun
Pada zaman penjajahan Jepun, penyatupaduan bangsa semakin meningkat disebabkan sistem pendidikan pada zaman ini memberi impak terhadap kumpulan etnik. Manakala sistem pendidikan ini memfokuskan nilai dan budaya Jepun. Selain itu, Bahasa Jepun juga ditambah di dalam kurikulum. Sistem pendidikan ini juga menggantikan pendidikan menengah dengan sekolah dan kolej teknikal yang mengajar berkaitan telekomunikasi, perikanan, pertanian dan kejuruteraan awam.

Selepas zaman penjajahan (1957 - sekarang)


Selepas merdeka, antara cabaran yang perlu ditempuhi dalam sistem pendidikan ialah penyatupaduan dan pendemokrasian pendidikan. Proses menggabungkan sistem sekolah yang pelbagai kepada dua elemen iaitu sistem pendidikan kebangsaan yang padu dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

  1. Penyata Razak 1956
Merupakan pelan pendidikan yang dihasilkan pada tahun 1956 yang diambil sempena nama Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Tujuannya adalah membentuk semula sistem pendidikan di Malaysia.

Melalui Laporan Razak, terbentuknya dua jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK).

  1. Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib menekankan pendidikan asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Selain itu, pendidikan menengah atas kini mempunyai dua aliran iaitu aliran akademik dan aliran vokasional.

Melalui Laporan Rahman Talib, sistem pengurusan pendidikan diteliti dan dipermudahkan dalam usaha untuk memastikan pendidikan di Malaysia berkualiti secara holistik.

Kini, sistem pendidikan di Malaysia sudah berubah. Tiada lagi sekolah kebangsaan aliran Inggeris mahupun Jepun. Sekolah kebangsaan yang ada merupakan 3 jenis iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil memandangkan 3 etnik ini merupakan etnik utama di Malaysia.

  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
Bagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan di Malaysia, kerajaan telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam pelan ini, terdapat 3 gelombang utama bagi mewujudkan sistem pendidikan berkualiti yang melibatkan pelbagai pihak seperti pihak kerajaan sendiri, guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Dalam PPPM 2013 – 2025 ini juga, terdapat Aspirasi Murid yang menekankan 6 aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Sebagai contoh, sistem pendidikan baru ini menekankan aspek pengetahuan di mana setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Murid juga perlu menguasai subjek Matematik dan Sains termasuk pengetahuan am yang menyeluruh mengenai Malaysia.

Post a Comment

4 Comments

  1. Satu perkongsian yang menarik dan bermanfaat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semakin hari semakin canggih dan byk ilmu yang diajarkan di sekolah. cuma skrg silibus semakin susah kesian anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena kaji silibus dengan lebih teliti.

      Delete