Bukan rezeki aku nak cuba air taro 7e. Berkali-kali aku singgah, berkali-kali tu jugak staff mintak maaf sebab air taro takde stok.
Entah kenapa limited edition sangat air taro ni. Kalau 7e buat harga biasa (bukan singgit), aku sanggup je beli. Sebab nak tahu macam mana rasa air tu. 😭
Singgah kedai runcit. Nak cari roti. Ternampak pulak roti unik dari Mighty White: Taro Coconut Bread. Atau nama Melayu, Roti Keladi Kelapa.
Bukan je perisa tu unik tapi rupa roti ni pun unik. Roti ni dijual secara slice atau sekeping-sekeping. Harga RM1.80 seketul.
Selain taro, dalam roti ni ada salted caramel dan kelapa parut kering.
Sesuai dengan harga. Sebab roti ni besar dan tebal dari roti hiris biasa. Lagipun untuk yang tak sempat sarapan, roti macam ni sangat membantu.
Cuma bagi aku, roti ni sangat tak sedap kalau makan macam tu je. Sebab tekstur roti ni terlalu moist. Macam makan doh pulak.




13 Comments
Menarik... menarik.. RTE.
ReplyDeleteSekarang macam banyak roti yang siap sapu dengan pelbagai perisa dan dipackkan sekeping². Ritu adik ada beli kat Shopee. Senang dibawa travel.
Mudah macam ni. Tak perlu pack besar yang makan space.
DeleteAda nampak roti Mighty White ni, dijual sekeping-sekeping. Macam-macam flavour ada, cuma belum try. Menarik roti Taro tu, sebab warna purple.
ReplyDeleteSaya beli sebab tu lah. Belum pernah makan roti purple gini.
Deletesetuju. mesti nak bakar dulu sekejap. bau nya semerbak.
ReplyDeleteskrg macam dah kemestian pula kita beli roti ni, mkn dgn telur separuh masak. pastu sibuklah nak diet, isk laaa~
Sapu jem atau butter pun sedap. 😄
Deletecute betul kaler roti ni. tapi saya ni kalau makanan berasaskan taro ni kureng skett haha
ReplyDeleteDulu saya pun gitu. Tapi lepas cuba sekali, terasa nak lagi. 😅
DeleteLembik sangatpun tidak sedap.
ReplyDeleteBetul. Rasa melekit kat lelangit bila makan.
DeleteMintak2 gardenia buat perisa baru lah supaya dapat rasa. Ahkak Mighty white ni tak berani lagi sejak ada kes dulu
ReplyDeleteAda kes ke? Tak tahu pulak saya.
DeleteWah.. best eh bakar, nak cuba jugalah nanti.. Sha makan macam tu ja..
ReplyDelete