Roti Lotus's 3 serangkai.


Lotus's ni asalnya dari Tesco. Penjenamaan semula katanya. Bila dah tukar ni, warna merah biru yang selalu kita nampak, takde lagi. Yang ada sekarang warna baru iaitu turquoise. Staff pun pakai baju T-shirt warna turquoise.

Lepas balik BBW hari tu, singgah kejap kat Lotus's. Memang plan nak pergi cari roti. Masa duk usha bahagian bakeri, ternampak ada roti jenama Lotus's. Murah jugak. RM0.85 seketul. Bukan senang nak jumpa roti harga macam ni sekarang.


Expectation aku masa beli, roti ni biasa-biasa je. Roti murah katakan. Tapi tak. Rupanya roti ni memang sedap. Masa pegang bun roti tu pun dah terasa lembut. Selalunya kalau roti lembut, krim kat dalam tu sedap. Dan memang betul. Ketiga-tiga krim yang aku makan (coklat, jagung dan vanila) sangat sedap. Tak macam roti murah. Krim pun tak kedekut.

Banyak lagi variasi roti Lotus's tapi aku tak beli sebab nak cuba makan yang ni je dulu. Kalau dah sedap macam ni, memang lepas ni aku tak teragak-agak lagi nak beli roti jenama Lotus's.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedap nya. Ya. Selalu kalau roti lembut, mesti inti kat dalam pun sedap. Kan?

    ReplyDelete