Masih lagi info mengenai sticker dan sampul duit raya. Bukan apa, banyak lagi yang aku tak sempat nak update. Kes badan lemau dek cuaca panas terik. Nak menaip pun terpaksa spend masa malam-malam.
Aku beli sampul duit raya Elianto kat TikTok. Tak perlu beli mana-mana produk pun. Boleh terus beli sampul. Dan dapat free sticker raya bila beli sampul ni. Harga set tu RM6.88.
Sticker raya ni nipis je. Patut lah masa aku bukan packaging tu, ada kertas lapik kat belakang sticker tu. Mungkin tak nak bagi sticker kemik. Bagus jugak company ni. Ada inisiatif sendiri.
Sampul duit raya tu pulak, dalam set tu ada 5 ketul sampul. Warna lain-lain tapi design sama. Gambar 3 orang perempuan tengah sakan makan. Tudung dan baju perempuan kat tengah tu je berubah-ubah warna ikut warna tema sampul. 😄





17 Comments
Bertambah lagi koleksinya 👍🏻
ReplyDeleteGitu lah nampaknya. 🤣
DeleteCeria designnya 👍👍
ReplyDeleteBetul. Nampak cantik.
DeleteTertanya- tanya, BK dah ada berapa banyak koleksi sampul raya? Memang simpan sahaja atau ada yang digunakan?
ReplyDeleteKalau ada lebih, saya guna untuk bagi duit raya.
DeleteAnak2 ada dapat duit raya guna sampul elianto dan ye, mmg nipis nau. Ammi biasanya akan simpan juga sampul yg cun dan keras utk digunakan semula masa salam kaut bagai. Tp yg elianto tak boleh disimpan sbb budak buka je terus koyak bahagian penutup tu
ReplyDeleteBetul. Sampul ni nipis. Kebanyakan kedai yang saya dapat, pesen gini. Nak dapat yang tebal payah nak jumpa melainkan sampul bank.
DeleteComel betul sampul dan sticker dia..
ReplyDeleteKann. Pandai diorang buat.
Deletekemain merah pipi dia.
ReplyDeleteSuka sangat tu rasanya. 😊
Deletehaah sweet lah corak dia
ReplyDeleteDari kedai kosmetik katakan. 😆
Deletecantik ilustrasi sampul tu
ReplyDeleteStiker yang gambar produk skincare dan make up itu bagus dan menarik ya, Kak.
ReplyDeleteMesti dh beribu koleksi sampul raya BK .. teringin nak tengok semua .. cara BK simpan semua sampul² ni ..ada letak dalam album khas macam album gambar tu ke ..
ReplyDelete