Masuk SMO, dapat sampul duit raya Gempakstarz 2026 lagi.


Aku masuk kedai buku SMO Bookstores kejap. Alang-alang dah lalu depan kedai tu kan? Ada 2 benda aku nak: sampul SMO dan sampul Gempakstarz.

Setakat aku tahu, hanya 4 kedai buku je yang buat promo sampul duit raya Gempakstarz: MPH, SMO, Popular dan Kinokuniya. Selain 4 kedai ni, tak pasti aku kedai buku lain terlibat ke tak.





Masa aku datang, hari ni last promo untuk dapatkan sampul Gempakstarz. Dulu aku pernah dapat masa beli buku kat MPH Alamanda. Tapi sebab nak beli buku lagi, aku pun grab lah peluang ni.


Sebelum beli, aku tanya staff. Dia kata ada sampul Gempakstarz. Tapi last stok. Tinggal sepaket je. Aku pun terus lah cari buku dan bayar.


Kat depan kaunter, ada jual sampul versi SMO. Aku ambil seketul. Banyak lagi kat situ. Tak pasti sama ada stok terlalu banyak atau tak ramai yang datang beli. 😌

Post a Comment

0 Comments