Sampul duit raya dari blogger Faizahanum dah sampai.


Akhirnya sampai jugak segerombolan sampul duit raya yang Kak Faizahanum aka Rawiwa bagi. Tahun lepas pun aku dapat jugak. Tak sangka tahun ni masih dapat. 😭

Masa bukak bungkusan tu, aku punya lah excited bila ternampak beberapa ketul sampul yang aku nak sangat cari tahun ni. Tapi tak dapat sebab habis stok.




Dalam bungkusan ni, ada 4 set sampul, seketul sticker Jaya Grocer dan seketul fridge magnet dari Kyoto, Jepun.

Sampul pertama yang aku tak percaya ada depan mata aku: sampul Bank Islam 2026. Punya lah payah nak jumpa sampul ni kat Kelantan. Beberapa cawangan dah aku jejak tapi semua takde stok.


Sampul Bank Islam ni lain macam sikit lawanya tahun ni. Warnanya sangat vibrant dan menyerlah. Corak motif flora sangat cun. Siap ada ukiran timbul ala 3D kat corak-corak tu. Nampak eksklusif betul.

Sampul kedua, Petronas Bagan Samak 2026. Rajin branch ni buat sampul. Petronas lain setakat aku tahu takde buat. Cawangan ni je yang buat sampul extra.


Sampul rasmi Petronas (motif songket) ada je kat Kelantan. Aku tak collect sebab waktu tu aku keluar naik Grab. Staff kata kena beli minyak RM50 baru dia bagi. 😂


Sampul ketiga, Setia City Mall 2024. Lepas buat research sikit, baru aku tahu sampul ni kemain kayangan. Kena spend at least RM350 kat shopping mall tu baru boleh claim satu set sampul (ada 6 ketul dalam tu). 😱


Sampul keempat, 1RUMA 2025. Tak pernah aku tahu kewujudan sampul ni. Bila cari info, sampul ni dari syarikat hartanah. Tak pernah pulak aku nampak peminat sampul info dalam group.


Lawa sampulnya. Kertas tebal dan ada gold stamping. Bertemakan juadah raya. Ada 5 ketul sampul pelbagai warna.

Last sekali, ada sticker dari Jaya Grocer dan fridge magnet dari Kyoto. Sticker ni memang aku dah lama tercari-cari. Maklum lah. Sini takde Jaya Grocer.


Jaya Grocer satu-satunya kedai grocery yang konsisten buat sticker gini. Kalau ZUS konsisten buat sticker petak tepek kat tumbler, Jaya Grocer pulak buat sticker petak jenis 3D.


Tambah lagi fridge magnet. Dulu Kak Faizahanum pernah bagi fridge magnet Indonesia dan Singapore. Kali ni dapat Kyoto. 😄

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi bagi barang baik macam ni. Semoga Allah SWT sentiasa murahkan rezeki Kak Faizahanum sekeluarga dan diberikan kesihatan berpanjangan. 🤲

Post a Comment

0 Comments